Wednesday, 29 January 2014

" Segmen Bloglist By Wanie "


Tekan sini untuk join..

jom laaa join ramai ramai sebelum terlambat..



Tuesday, 28 January 2014

Juara MasterChef Malaysia..

Salam..
sesiapa dekat sini yang minat MasterChef All Star..
sama laaa kitaaa!!!!
so tak payah laa nak cerita panjang panjang sebab pkul 10pm tadi kita semua pun dah tahu siapa juara yang sebenarnya..


yeaaaa!!!! tahniah ZAMIR..


ahaha sebenarnya dah jangka yang zamir akan menang..
sebab ap?? sebab dia layak laaa hehehe..
sebenarnya dila selalu ikut perkembangan MasterChef All Star ni..
dari situ dah nampak siapa yang boleh juara..
masa tinggal 4 orang hari itu dah rasa macam tekaan ku selama ni macam jadi kenyataan je.. hehee
btw.. tahniah zamir, best tengok dia masak.. wooo rasa macam tak boleh je masak macam zamir  ahahah (sebab dia hebat memasak kot).
TAHNIAH ZAMIR ( JUARA MASTERCHEF ALL STAR) dan Celina tahniah sebab dapat tempat kedua.. btw dua2 rasa macam juara.. ^_^









sumber dari facebook MasterChef All Star

NOTES: SIAPA KATA LELAKI TAK PANDAI MASAK

"GIVEAWAY CNY by DEDEQ"

kalau nak join tekan sini


Salam..jom pakat-pakat join giveaway ini, senang sangat syarat2 nya..

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)
- Jika penyertaan Lebih pada 100 orang , hadiah akan ditambah -

Monday, 27 January 2014

“Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku”

Salam..
ok hari ini dila nak join giveaway dari Nurina Izzati..




kalau nak join tekan sini


haaa.. kalau korang baca pasal giveaway ni, ajak laaa ramai-ramai join
sebabnya banyak sangat hadiah yang menarik.. jom laaa join ramai2..
baca syarat2 nya dulu ye :)







"KEPENTINGAN HIJAB KEPADA WANITA"

pentingnya berhijab bagi wanita.. 
kenapa kita kena berhijab dila?? 
kenapa ada je perempuan yang tak berhijab??
ok, ini adalah pendapat dila dan tu yang dila faham laa..
sebenarnya berhijab adalah "WAJIB" bagi semua wanita islam di luar sana..
kalau di kata kan wajib bila kita lakukan maka kita akan perolehi pahala dan kalau kita tak lakukan maka kita telah melakukan dosa..
bila kita pakai tudung ni, orang sekeliling akan rasa lebih hormat dengan kita, kita pun akan rasa lebih selamat..

contoh: kalau kita datang satu event ni, mesti laa pergaulan lelaki dengan perempuan ni macam bebas sikit kan..
ok kalau kita datang satu event tu , kita datang dengan bertudung..
 orang dekat situ tahu..''oh ni dia ni berhijab''..
so lelaki nak bersalam dengan kita pun tak jadi..
see kita dapat elak diri kita dari bersentuhan dengan bukan mahram kita..
ini dapat mengelak diri kita dari terus melakukan dosa 
banyak kebaikan kita akan perolehi..
bertudung laa walaupun rasa panas..
tak boleh nak pakai, cuba laa dan terus mencuba lama-lama akan terbiasa
In shaa ALLAH..


   kalau dila ada rezeki hadiah yang dila mahu:
  •  Novel Single Unavailable beserta autograf penulis x 5

NOTES: SEMOGA KITA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MENJALAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T.. IN SHAA ALLAH





Sunday, 26 January 2014

Wahai kaum Hawa..

Salam..
hari ini, dila nak kongsi sikit dekat korang dan untuk diri dila juga..
benda baik kita kongsi-kongsi kan dan selalu di peringatkan..

"menutup aurat"

Alhamdulilah, sekarang banyak dila perhatikan ramai perempuan di luar sana berusaha untuk menutup aurat, tak kira laaa sama ada menutup rambut, lengan atau kaki..
kita ni tak semuanya sempurna tapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T..
macam mana nak jadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T??
iaitu dengan mengikut perintahnya.. salah satunya menutup aurat bagi wanita..
dila bukan ustazah ye, dila just ingatkan kepada diri dila juga..



Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

so, macam mana senang kan..
"dila oiii ko tak rasa ke pakai baju longgar longgar nampak macam mak orang"
yeke?? namapk macam mak orang ke??
dila tak nampak macam tu pun dekat orang yang pakai baju longgar longgar ni..
oh kalau pakai baju yang ikut tubuh badan tu macam anak dara laaa..

come on laaa..
kalau ko pakai baju ketat ketat siap nampak tubuh badan tu, ko ingat laki tutup mata ke bila tengok.. ahahaha tak sama sekali, diorang tengok lagi ada laaa...
sebab tu laa macam macam laa terjadi dekat kaum hawa..
sebenarnya bila kita pakai longgar longgar orang tak akan nampak rupa bentuk tubuh kita tu dan yang paling penting sekali, korang keluar pun akan rasa selamat.. serious dan tak tipu..

'' dilaa oiii ko tak payah laa nak tunjuk baik pula''
ok sory2 bukan nak tunjuk baik.. dila pun banyak juga kurang sana sini.. bila dila tulis pasal ni  peringatan untuk dila juga..

haaa so dila nak kongsi dekat korang pakaian muslimah yang cantik tapi yang penting still menutup aurat..
"ada ke dilaa"
ada dont worry.. ok sesiapa dekat sini kenal butik 'Calaqisya'
haa dekat sini, korang cari laa pakaian yang cantik-cantik semua ada..
yang penting still boleh tutup aurat..














ok sebenarnya banyak lagi.. kalau korang nak tengok lagi.. search je kat goggle taip
"Cala qisya"
banyak yang korang akan dapat.. gambar ni pun sumber dari goggle..

so dah nampak kan walau pakai labuh2 atau longgar pun still boleh nampak cantik..
dila just kongsi untuk korang.. 
semoga kita  sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T



NOTES: PAKAI LAA APA PUN ASALKAN KITA MENUTUP AURAT, CUBA DAN TERUS MENCUBA UNTUK             MENUTUP AURAT










Saturday, 25 January 2014

Semak markah kokurikulum



salam..

bagi lepasn SPM/STPM dan semak markah kokurikulum ke belum??..
jom laaa check dekat sini you all SINI

semak markah koko..

Baju oh baju

Salam..
ok hari tu dila ada cerita pakai kasut kan..
kali ni mai sini nak cerita pasai baju pula..
kalau dila dok dekat depan hp 24 jam, tu makna nya dila tengah tengok baju dekat instagram..
style baju dila selalu tengok.. selalu usha cara-cara baju orang korea pakai..
"fashion korea" namanya..


''eh eh orang korea bukan pakai seksi ke, pakai baju singkat2.. tu ke baju yang ko nak pakai dilaa oii''
ahahaha nak gelak dulu, kalau orang cakap macam ini mesti tak selalu tengok cerita korea kan..
dila tak ada laaa nak cakap semua perempuan korea tu seksi, tapi bagi padangan dila, cara pakaian diorang tu still menutup aurat,
yang di perhatikan laaa :

1) tak ketat
2) banyak yang dila jumpa baju nya labuh (dapat menutup bahagian yang sepatutnya)
3) trend nya sealu up to date (semestinya cantikkkkk)

haaa.. nak tengok baju yang dila maksud kan tu..
jom!!!!








kadang-kadang dalam kita berfashion pun, kita kena pandai..
contohnya: baju tu ketat, tapi kita nak juga pakai..
bagi dila, boleh je tapi kita ubah cikit pakai laa cardigan yang labuh macam ni ke..







haaa, still nampak cantik kan.. kita perempuan melayu pun boleh bergaya tapi mesti laaa kena ikut cara islam kan.. haa tutup apa yang sepatutnya, bila kita keluar mesti rasa selamat..

KALAU KORANG NAK TENGOK BAJU MACAM GAYA KOREA INI..
BOLEH TENGOK DEKAT : 

instagram:  _akidd





NOTES: SEKARANG RAMAI YANG DAH MINAT PAKAI JUBAH KAN, BANYAK JUBAH-JUBAH YANG CANTIK.. NANTI NAK STORY PASAL JUBAH PULA


semak kelayakan masuk universiti

Salam 
dila harap ini dapat membantu sesiapa yang memohon kemasukan Universiti tahun ini..
link ini untuk semak kelayakan masuk universiti

klik SINI atau SINI

#GOOD LUCK
#sumber dari group stpm (fb)

Friday, 24 January 2014

OMG kasut!!

SALAM..

semalam dila hangout dengan keluarga pergi shopping gitu, sebenarnya memang jenis dila ni kaki berjalan sana sini.. pantang nampak barang semua nak beli ahahaha.. perempuan kan, duduk dekat shopping semalam hampir 3 jam gitu.. sebenarnya nak cari baju untuk event hari ahad ni, banyak yang tak berkenan so bertapa laaa dekat shopping mall tu lama2 laaa jawab nya ahahaha..

nak dijadikan cerita, jalan punya jalan nampak kedai kasut..
ok first jeling jeling je, tapi lepas tu.. aikkk dah ada dalam kedai tu, sebab dila nampak kasut yang dila gila2 kan tu.. waaaaaa nak beli tapi bajet dah lari sebab dah beli baju..
tak ada rezeki lagi nak dapat kasut tu..

eh, kasut apa yang ko tergila2 kan tu dilaaa oiiii..
ok, first dila terminat kasut tu, sebab dila ternampak dekat instgram, someone pakai and i look so cute..
'cantikkk nye die pakai' .. time tu laaa dila dah berkenan dengan kasut tu..
alaaa walaupun kasut tu biasa2 je tapi minat orang lain2 kan..
kadang kadang pendapat kita semua berbeza..
so tak salah kalau dila simpan angan2 nak beli kasut ni..
mom i want!!!!








target lepas ni, nak ada satu kasut macam gini pula..
ahahaha nafsu dila, pantang nampak benda cantik semua nak beli ahaha..
tak tahu nak buat macam mana dah, perangai dah memang macam gini.. hehehe



NAA XOXOXO


Sunday, 19 January 2014

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah

Tekan sini kalau nak join you all..

jom laa join rama-ramai..

''Pencarian Bloglist Bulan Februari / Mac 2014''

Tekan sini kalau nak join..

 jom join sebelum 
 24 Januari 2014

Friday, 17 January 2014

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com.

Salam..
ok hari ini dila terjumpa GA ni.. kadang-kadang dila selalu tengok GA yang lain tapi banyak syarat yang perlu di ikuti, takut dila tak mampu nak ikut kalau banyak syaratnya, haaa dah rasa bersalah pula dengan orang yang menganjurkan tu.. so kali ini dila terjumpa GA lagi.. dila baca syarat2 nya dulu, yup dila join sebab tak banyak sangat syaratnya so simple ^_^.. apa lagi jom laa join you all.. 


Nak join tekan sini

laa dok fikir apa lagi jom laa join.
semua best2 dari GA ni.. 

NAA XOXOXO

Wednesday, 15 January 2014

KALENDER PUASA 2014

SALAM..hari ini dila saja nak share kalender puasa 2014..harap-harap dapat memberi panduan dalam kehidupan kita semua :)




#SUMBER DARI FACEBOOK


NAA XOXOXO








Friday, 10 January 2014

'SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid'



salam you all.. how are you today??? sihat??.. mudah-mudahan sihat na..
ok hari ini dila ternampak baner dekat atas tu.. haaaa berminat???
so nak sertai?? senang je..korang just klik baner dekat atas tu and then korang akan tahun selanjutnya.. SELAMAT BERSEGMEN..
SALAM PERKENALAN DARI DILAKHIR :)