Friday, 17 January 2014

Rasa rendah diri sangat

Salam..

hari ini dila just nak cerita apa yang dila rasa sekarang ni.. you all mesti pernah rasa rendah diri sangat-sangat kan.. pernah??? sebab dila dalam situasi macam tu sekarang hmmm.. dila ni boleh diibarat kan orang yang banyak masalah laaa.. yup pernah someone cakap kat dila macam gitu..

ok start cerita.. dila ni korang jagan laa ingat the best student ke kat sekolah *persoalannya ada ke orang ingat aku macam gitu ahahaha*  dila ni hanya laa student biasa dan juga ex student form 6.. seriously dila tak ada rezeki lagi nak jijak kaki ke menara gading lagi.. tapi tetap usaha, walaupun tak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang nanti.. untuk memahami cerita ni lagi.. I have one my bestfriend dia ni dengan dila memang rapat laa tapi dia 'boy' taw..kitaorang start rapat sejak form 3 lagi.. lepas tu form 4 dan form 5 dua-dua duduk asrama tapi rezeki dia.. dia yang dapat sambung study dekat menara gading dulu.. kalau korang, ada member rapat tapi dia yang ke depan dulu, apa korang rasa, mesti rasa rendah diri kan??? tapi kejap je rasa tu, kitaorang still sembang macam dulu-dulu.. tapi..tapi.. bila dia dah lame tak contact rupenye hmmm dia mesej perempuan lain lagi bagus dari dila..yang cantik, yang pandai, yang semuanye laaa

hmmmm dila rasa rendah diri sangat!! sebab tak dapat jadi yang terbaik.. I know mungkin belum masa dila lagi.. I need advice, supaya tak terasa rendah diri sangat and sekarang tengah jadi penganggur..kan baik orang lain cari kawan lagi bagus dari dila yang jadi penganggur ni hmmmmm



kuatkan laa hati ni.. supaya tak sentiasa berasa rendah hati sangat 


NAA XOXOXO

7 comments:

Maya Omar said...

dila..perancangan Allah lebih hebat dari perancangan kita dik..akk pn macam adik jugak..lama menganggur..but then i only found out Allah nak akak berbisnes n tlg ramai wanita lain untuk yakin pd diri sendiri dan bangkitkan kualiti pemimpin yg ada dalam diri mereka.. pasal cinta plak, ade jgk beberapa pngalaman yg menyakitkan tp MEMATANGKAN akk..so i am very grateful dapat berkenalan dgn bf yg lepas..setiap org yg datang dalam hidup kita mengajar kita tentang 'hikmah kehidupan'.. Stay strong ye dik.. tambahlah pengalaman dan belajar darinya..

Iola said...

dila dear ^^ sama la macam akak. akak rasa setiap insan mesti adanya perasaan rendah diri bila berdepan dengan orang yang kita fikir lagi hebat. tapi ingat, itu rezeki dia..rezeki kita mungkin tak timbul lagi, jadi kena banyakkan usaha dan berdoa. insyaallah dila boleh berjaya

Cik Yaya said...

Assalamualaikum adik kecik molek..
Nama dah sama dah tu dengan akak.. { dila }
Dik, La Tahzan okay syg ^_^
akak pun dulu mcm tu la..
akak pun dr form 6, masa tu rasa mcm2 sbb tak belajar n buat betul2 masa spm..
tapi akak berusaha n terus berusaha walaupun akak ni dilabelkan kuat tido..
tak insaf lg tu..
akak berdoa byk2 dik..
alhamdulillah akak dpt juga sambung pelajaran ke tahap lagi tinggi drpd kawn2 akak yang lg awl masuk u dik..
yang penting inat hubungan kita dengan Allah, perbaiki..
ibubapa dan orang sekeliling..
dik kalau nak sembang, bork2 ngn akak meh whatsapp ke we chat ke no ni k 016-3348239
akak okay, akak suka tgk org2 sekeliling akak walau akak tak kenal bahagia, gembira, semangat..
Salam ukhwah syg

dilakhir said...

tq maya omar atas nasihat yang diberi.. dila hargai sangat2 tq2 sis :).. yup apa yang berlaku dan hadir dalam diri kita ni dapat mematangkan kita.. tq sis atas nasihat yang diberi..tapi sometime mesti kita akan rasa rendah diri sangat kan hmmm by the way tq sis atas kata2 nasihat yang diberi sekali lagi :)..oh ye, dila doakan bisnes akak sentiasa maju dan berjaya pada masa kan datang.. May ALLAH bless you sis ^_^

dilakhir said...

Amin.. tq sis :).. terima kasih atas kata2 semangat dan membina.. dila hargai sangat..now dila dah tak rasa down sangat sebab akak sudi bagi semangat walaupun dila bukan laa sehebat mana btw tq sis..dila hargai sangat.. May ALLAH bless YOU alwys sis ^_^

dilakhir said...

wasalam cik yaya.. hehehe kira kita ni geng laa sebab dari form 6.. btw sis tq2 dengan kata semangat tu.. wah!! ok first dila ucapkan tahniah dulu dekat akak sebab dapat sambung study ke menara gading berkat usaha dan doa akak juga kan :).. macam segan pula orang hebat macam akak sudi bagi kata2 semangat dekat dila.. hehehe.. dila bukan tak sudi or apa nak msj akak kt handphone tapi dila segan ahaha malu laaa tapi kita boleh jadi kawan dalam alam maya kan ^_*.. tq sis sebab sudi ajak dila bersembang2 (*terharu*)... May ALLAH bless you alwys2 sis ^_^

Iola said...

no worries, insyaallah dear ^_^