Thursday, 30 January 2014

hidupku sebagai pelajar form 6 #4

salam..
nak sambung cerita pasal form 6 lagi..
entry yang lepas ada cerita pasal PBS GEO dalam sem 3.. so hari ini nak cerita PBS P.P dan PBS EKO pula...
jom.. jomm

PBS P.P

PBS P.P kami semua kena buat satu tugasan yang bertajuk organisasi..
lebih kurang macam tu laa.. so kali ni, ambil masa juga laa.. company mana nak cari??
fikir punya fikir tanya pendapat cikgu hari hari..
Tinggg!!!
haa dah tahu nak buat dekat mana.. so dila buat dekat 'tabung haji' sekali dengan member dila tapi member dila buat pasal lain.. ok, ingat ambil je maklumat dari internet siap laa semua nya.. tapi rupa2nya.. memang kena pergi dan buat temu bual.. nak ada bukti pula tu..
aisshhhhh.. so hari yang telah ditetapkan, temu bual laa pengarah dekat situ, hehehe 
malu kot, berketar ketar nak cakap ahaha.. dila pandang member dila, diorang pun pandang dila, so siapa nak cakap ni?? ahahaha..
so nak dekat petang macam tu baru laa siap temu bual segalanya, tarik nafas legaaa... fuhhhhh..
esok terus kena buat PBS P.P .. tak boleh bertangguh banyak lagi PBS yang menunggu... 


masa nak persentation dekat depan cikgu tu, wohhh dok depan laptop cakap sorang2 kena banyak kali cuba nanti karang kat depan tergagap2 buat malu je, dah laa member pun tengok gak..
so start dari PBS ni hari hari latih diri ni supaya berani bercakap di depan orang ramai..
aicehhh macam nak persembahkan kepada CEO syarikat pula nak ada persediaan rapi ahahaha..
gler tak rapi nak markah kosong ke.. kena laaa sentiasa bersedia.. Alhamdulilah persentation ok tapi time soal jawap dengan cikgu tu, dila ada bagi jawapan yang tak masuk akal 
yang malunya cikgu gelak taw dengar jawapan dila.. maluu weeiiii *tutup muka*





bersiap sedia dengan soalan yang nak di soalkan kepada pengarah tu.. *gemuruh time ni*

alhamdulilah selesai juga temu bual.. tq sebab berkerjasama :)



PBS EKONOMI

ok kali PBS eko pula.. PBS ni hari- hari sentiasa kena update.. sebab cikgu akan tengok dari hari ke hari, kalau tak hantar draf memang cikgu tolak markah.. nak ke tolak markah?? tak nak kan, so sentiasa laa buat juga.. tapi time tu juga laaa buat PBS P.P dengan PBS EKO.. memang laa penat tapi dun worry tak terasa sangat sebab member dan cikgu sentiasa tolong..
PBS EKO ni hari-hari taw cikgu tulis dekat status pasal PBS ni, tak kesah apa masalah kita hadapi mesti cikgu tolong.. walaupun dah tengah malam.. cikgu tetap tolong... ringgan sikit beban ni.. bila cerita pasal ni rindu pula dengan keadaan time buat PBS ni semua..

dila duduk asrma taw, dekat asrma ada wifi, yang tahu password dila dengan member dila je ahahah, dila pula bawa laptop dekat asrama senang sikit nak buat PBS ni.. kunci pejabat asrama pula.. ada dekat dila sebab dila yang berkuasa di situ ahahahahaha.. jahat kan..hehe
so setiap malam, bila dah habis sembahnyg isyak, terus pergi pejabat asrma on wifi.. so buat laa PBS.. duduk buat pbs tu khusyuk taw ahhaha, dila pandang member dila dia pun tak toleh kiri kanan, banyak lagi PBS kena siap kan ni.. tensionn!!!!
dila pernah menangis taw buat PBS ni, tak tipu sebabnya terlau tension sebab banyak sangat kena fikir, tapi kita jagan sesekali putus asa.. cuba je selagi kita boleh..
pernah satu hari tu, banyak sangat PBS kena siapkan, tiba2 rasa mengantok sangat laa pula..
tengok jam.. wooooo nak dekat pukul 1pagi patut laaa rasa mengantok sangat..
tapi time tu, weiiii aku lupa kerja sekolah tak siap lagi.. ahahaha kadang2 penat buat PBS malas pula nak buat kerja sekolah ni ahahaha :)

dila dengan member dila ni, kadang-kadang balik dorm pukul 1 pagi taw.. 
confirm2 penghuni asrama dah tidur,
tapi dila lega juga sebab dorm dila ni, ada je yang study sampai pagi, kadang2 tak takot sangat..
tapi tu laa.. rindu pula dengan suasana time tu.. Alhamdulilah akhirnya PBS EKO dah di hantar dengan sebaiknya dan persembahkan dekat cikgu pun ok.. ada member dila cakap..
' ko kalau buat persentation dekat cikgu mesti ada je lawak yang ko buat'
ahahaha yeke?? mybe tak nak kasi takot sangat kot..
akhirnya semuanya dah selesai.. Alhamdulilah, aku pasti rindu kenagan buat PBS dengan kawan2..





study untuk final exam bagi sem 3 pula..

 rindu nak susah senang bersama lagi.. miss you all :)
  



NOTES: JANGAN SESEKALI BUAT KERJA BERTANGGUH.. SERIOUS AKHIR NANTI PASTI MENYESAL 


Wednesday, 29 January 2014

" Segmen Bloglist By Wanie "


Tekan sini untuk join..

jom laaa join ramai ramai sebelum terlambat..



To: My Friend

TO: MY DEAR FRIEND




I dont know how to say thknz to you sebab masuk dalam hidup aku ni masa umur aku 15 tahun hingga laa sekarang.. 
aku hargai sangat..knp ko nak hargai pula?? mesti ko tanya macam tu kan?
 atau pun tak ahahha.. by the way, apa-apa pun aku memang nak ucapkan terima kasih, yelaa kita berkawan bukan laa sekejap sedar tak sedar hampir 5 tahun.. 
Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur persahabatan kita ni..
kalau nak tahu, bila gaduh2 itu yang mewarnakan sesuatu hubungan tu.. setuju??? ahaha tak laa tu.. tak pe laaa ahahaha..  
oh lagi satu.. aku boring laa.. aku tak rasa apa2.. aku tak tahu nak cerita apa??
rasa macam selalu dengar kan ahahaha.. to my dear friend, aku tak menafikan langsung apa yang ko rasa, 
sebab aku tahu akan terjadi juga sebab hubungan ni dah lama.. tapi aku tak salahkan ko.. 
sebab pertemuan kita ni pun
bukan kehendak ko dan bukan juga kehendak aku..


aku tak minta dan ko pun tak percaya yang ko berkawan dengan Nur Adilah selama ni..
 sebabnya Allah dah tentukan semuanya, Allah dah kata tahun 2009 aku akan pindah dan akan berjumpa dengan seseorang ni..
maka terjadi laaa semua tu, mungkin ada sebab, mungkin Allah suruh aku belajar dari kisah hidup aku yang lepas..
 aku selalu marah ko, kata ko tak hargai aku laa, apa laa
aku minta maaf, aku sedar, kalau Allah kata sampai waktunya hati ko akan beralih dari aku, 
aku tak boleh nak buat apa.. mungkin ada sebab semuanya terjadi.. 
kita selalu merancang hidup kita jadi macam ni, macam tu laa tapi rupa2nya perancangan Allah tu lagi hebat.. 


kesimpulannya, aku tak pernah rasa menyesal kenal dengan ko..
Allah hantar ko dalam hidup aku mesti bersebab..
aku tak boleh salah kan apa yang terjadi selama ni, 
sebab tu telah di tetapkan oleh Allah S.W.T.. untuk sekali laginya terima kasih 
hadir dalam hidup aku dan selama ni sentiasa mewarnakan hidup aku..
May ALLAH bless you my dear.. semoga Allah sentiasa menjaga ko.. dekatkan laa diri dengan 
sesuatu yang indah mesti ko akan rasa tenang,, tahu kan apa aku maksud kan.. 
take care, jagan lupa diri, sentiasa berusaha menjadi hamba yang diredhai ALLAH..
akhir kata SEMOGA KITA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MENJALAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T.. IN SHAA ALLAH  

Tuesday, 28 January 2014

Juara MasterChef Malaysia..

Salam..
sesiapa dekat sini yang minat MasterChef All Star..
sama laaa kitaaa!!!!
so tak payah laa nak cerita panjang panjang sebab pkul 10pm tadi kita semua pun dah tahu siapa juara yang sebenarnya..


yeaaaa!!!! tahniah ZAMIR..


ahaha sebenarnya dah jangka yang zamir akan menang..
sebab ap?? sebab dia layak laaa hehehe..
sebenarnya dila selalu ikut perkembangan MasterChef All Star ni..
dari situ dah nampak siapa yang boleh juara..
masa tinggal 4 orang hari itu dah rasa macam tekaan ku selama ni macam jadi kenyataan je.. hehee
btw.. tahniah zamir, best tengok dia masak.. wooo rasa macam tak boleh je masak macam zamir  ahahah (sebab dia hebat memasak kot).
TAHNIAH ZAMIR ( JUARA MASTERCHEF ALL STAR) dan Celina tahniah sebab dapat tempat kedua.. btw dua2 rasa macam juara.. ^_^









sumber dari facebook MasterChef All Star

NOTES: SIAPA KATA LELAKI TAK PANDAI MASAK

"GIVEAWAY CNY by DEDEQ"

kalau nak join tekan sini


Salam..jom pakat-pakat join giveaway ini, senang sangat syarat2 nya..

START 9.30pm (27.1.2014) - TAMAT 9.30pm (3.2.2014)
- Jika penyertaan Lebih pada 100 orang , hadiah akan ditambah -

Monday, 27 January 2014

“Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku”

Salam..
ok hari ini dila nak join giveaway dari Nurina Izzati..




kalau nak join tekan sini


haaa.. kalau korang baca pasal giveaway ni, ajak laaa ramai-ramai join
sebabnya banyak sangat hadiah yang menarik.. jom laaa join ramai2..
baca syarat2 nya dulu ye :)







"KEPENTINGAN HIJAB KEPADA WANITA"

pentingnya berhijab bagi wanita.. 
kenapa kita kena berhijab dila?? 
kenapa ada je perempuan yang tak berhijab??
ok, ini adalah pendapat dila dan tu yang dila faham laa..
sebenarnya berhijab adalah "WAJIB" bagi semua wanita islam di luar sana..
kalau di kata kan wajib bila kita lakukan maka kita akan perolehi pahala dan kalau kita tak lakukan maka kita telah melakukan dosa..
bila kita pakai tudung ni, orang sekeliling akan rasa lebih hormat dengan kita, kita pun akan rasa lebih selamat..

contoh: kalau kita datang satu event ni, mesti laa pergaulan lelaki dengan perempuan ni macam bebas sikit kan..
ok kalau kita datang satu event tu , kita datang dengan bertudung..
 orang dekat situ tahu..''oh ni dia ni berhijab''..
so lelaki nak bersalam dengan kita pun tak jadi..
see kita dapat elak diri kita dari bersentuhan dengan bukan mahram kita..
ini dapat mengelak diri kita dari terus melakukan dosa 
banyak kebaikan kita akan perolehi..
bertudung laa walaupun rasa panas..
tak boleh nak pakai, cuba laa dan terus mencuba lama-lama akan terbiasa
In shaa ALLAH..


   kalau dila ada rezeki hadiah yang dila mahu:
  •  Novel Single Unavailable beserta autograf penulis x 5

NOTES: SEMOGA KITA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MENJALAKAN PERINTAH ALLAH S.W.T.. IN SHAA ALLAH





Sunday, 26 January 2014

Wahai kaum Hawa..

Salam..
hari ini, dila nak kongsi sikit dekat korang dan untuk diri dila juga..
benda baik kita kongsi-kongsi kan dan selalu di peringatkan..

"menutup aurat"

Alhamdulilah, sekarang banyak dila perhatikan ramai perempuan di luar sana berusaha untuk menutup aurat, tak kira laaa sama ada menutup rambut, lengan atau kaki..
kita ni tak semuanya sempurna tapi kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T..
macam mana nak jadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T??
iaitu dengan mengikut perintahnya.. salah satunya menutup aurat bagi wanita..
dila bukan ustazah ye, dila just ingatkan kepada diri dila juga..



Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal.  Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

so, macam mana senang kan..
"dila oiii ko tak rasa ke pakai baju longgar longgar nampak macam mak orang"
yeke?? namapk macam mak orang ke??
dila tak nampak macam tu pun dekat orang yang pakai baju longgar longgar ni..
oh kalau pakai baju yang ikut tubuh badan tu macam anak dara laaa..

come on laaa..
kalau ko pakai baju ketat ketat siap nampak tubuh badan tu, ko ingat laki tutup mata ke bila tengok.. ahahaha tak sama sekali, diorang tengok lagi ada laaa...
sebab tu laa macam macam laa terjadi dekat kaum hawa..
sebenarnya bila kita pakai longgar longgar orang tak akan nampak rupa bentuk tubuh kita tu dan yang paling penting sekali, korang keluar pun akan rasa selamat.. serious dan tak tipu..

'' dilaa oiii ko tak payah laa nak tunjuk baik pula''
ok sory2 bukan nak tunjuk baik.. dila pun banyak juga kurang sana sini.. bila dila tulis pasal ni  peringatan untuk dila juga..

haaa so dila nak kongsi dekat korang pakaian muslimah yang cantik tapi yang penting still menutup aurat..
"ada ke dilaa"
ada dont worry.. ok sesiapa dekat sini kenal butik 'Calaqisya'
haa dekat sini, korang cari laa pakaian yang cantik-cantik semua ada..
yang penting still boleh tutup aurat..














ok sebenarnya banyak lagi.. kalau korang nak tengok lagi.. search je kat goggle taip
"Cala qisya"
banyak yang korang akan dapat.. gambar ni pun sumber dari goggle..

so dah nampak kan walau pakai labuh2 atau longgar pun still boleh nampak cantik..
dila just kongsi untuk korang.. 
semoga kita  sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T



NOTES: PAKAI LAA APA PUN ASALKAN KITA MENUTUP AURAT, CUBA DAN TERUS MENCUBA UNTUK             MENUTUP AURAT










Saturday, 25 January 2014

Semak markah kokurikulum



salam..

bagi lepasn SPM/STPM dan semak markah kokurikulum ke belum??..
jom laaa check dekat sini you all SINI

semak markah koko..

Baju oh baju

Salam..
ok hari tu dila ada cerita pakai kasut kan..
kali ni mai sini nak cerita pasai baju pula..
kalau dila dok dekat depan hp 24 jam, tu makna nya dila tengah tengok baju dekat instagram..
style baju dila selalu tengok.. selalu usha cara-cara baju orang korea pakai..
"fashion korea" namanya..


''eh eh orang korea bukan pakai seksi ke, pakai baju singkat2.. tu ke baju yang ko nak pakai dilaa oii''
ahahaha nak gelak dulu, kalau orang cakap macam ini mesti tak selalu tengok cerita korea kan..
dila tak ada laaa nak cakap semua perempuan korea tu seksi, tapi bagi padangan dila, cara pakaian diorang tu still menutup aurat,
yang di perhatikan laaa :

1) tak ketat
2) banyak yang dila jumpa baju nya labuh (dapat menutup bahagian yang sepatutnya)
3) trend nya sealu up to date (semestinya cantikkkkk)

haaa.. nak tengok baju yang dila maksud kan tu..
jom!!!!








kadang-kadang dalam kita berfashion pun, kita kena pandai..
contohnya: baju tu ketat, tapi kita nak juga pakai..
bagi dila, boleh je tapi kita ubah cikit pakai laa cardigan yang labuh macam ni ke..







haaa, still nampak cantik kan.. kita perempuan melayu pun boleh bergaya tapi mesti laaa kena ikut cara islam kan.. haa tutup apa yang sepatutnya, bila kita keluar mesti rasa selamat..

KALAU KORANG NAK TENGOK BAJU MACAM GAYA KOREA INI..
BOLEH TENGOK DEKAT : 

instagram:  _akidd





NOTES: SEKARANG RAMAI YANG DAH MINAT PAKAI JUBAH KAN, BANYAK JUBAH-JUBAH YANG CANTIK.. NANTI NAK STORY PASAL JUBAH PULA


semak kelayakan masuk universiti

Salam 
dila harap ini dapat membantu sesiapa yang memohon kemasukan Universiti tahun ini..
link ini untuk semak kelayakan masuk universiti

klik SINI atau SINI

#GOOD LUCK
#sumber dari group stpm (fb)

Friday, 24 January 2014

OMG kasut!!

SALAM..

semalam dila hangout dengan keluarga pergi shopping gitu, sebenarnya memang jenis dila ni kaki berjalan sana sini.. pantang nampak barang semua nak beli ahahaha.. perempuan kan, duduk dekat shopping semalam hampir 3 jam gitu.. sebenarnya nak cari baju untuk event hari ahad ni, banyak yang tak berkenan so bertapa laaa dekat shopping mall tu lama2 laaa jawab nya ahahaha..

nak dijadikan cerita, jalan punya jalan nampak kedai kasut..
ok first jeling jeling je, tapi lepas tu.. aikkk dah ada dalam kedai tu, sebab dila nampak kasut yang dila gila2 kan tu.. waaaaaa nak beli tapi bajet dah lari sebab dah beli baju..
tak ada rezeki lagi nak dapat kasut tu..

eh, kasut apa yang ko tergila2 kan tu dilaaa oiiii..
ok, first dila terminat kasut tu, sebab dila ternampak dekat instgram, someone pakai and i look so cute..
'cantikkk nye die pakai' .. time tu laaa dila dah berkenan dengan kasut tu..
alaaa walaupun kasut tu biasa2 je tapi minat orang lain2 kan..
kadang kadang pendapat kita semua berbeza..
so tak salah kalau dila simpan angan2 nak beli kasut ni..
mom i want!!!!








target lepas ni, nak ada satu kasut macam gini pula..
ahahaha nafsu dila, pantang nampak benda cantik semua nak beli ahaha..
tak tahu nak buat macam mana dah, perangai dah memang macam gini.. hehehe



NAA XOXOXO


Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist 2014


Jom join dekat SINI pula you all :)

Wednesday, 22 January 2014

Hidupku sebagai pelajar form 6 #3


Salam..

ok now dila nak story masa dila dekat form 6 dulu.. entry yang lepas dila dah cerita sem 1 dan sem 2 di form 6.. so now nak story cerita untuk the last sem is sem 3.. ahahaha.. bila dah masuk sem 3 ni, fikiran tu boleh laaa matang dari yang lepas and dah belajar apa yang sepatutnya semasa dalam sem 1 dan sem 2.. ok masa dalam sem 3 ni, kerja kursus or di panggil PBS semakin bertambah.. ok tarik nafas hempus fuhhhhh.. banyak kot sebab sem 2 hari itu just buat satu PBS je so sem kali ni 3 PBS kott, ok 'pengsan sekejap' ..

First masuk je sem baru ni terus dah dapat tugasan, subjek 'geo' 'pengajian perniagaan' dan 'ekonomi'.. ok dalam banyak2 PBS yang dila seronok buat dalam sem 3 ni ialah geo... knp?? knp??.. sebabnya kena buat kerja di luar kawasan sekolah.. haa nak tahu tajuk yang cikgu pilih and semua setuju ialah buat pasal cerun.. kalau sebut cerun ni mesti dekat tempat yang tanah tinggi kan.. haa dah dapat fikir laaa tu dekat mana dila kena buat ahahaha yup kami satu kelas budak geo buat dekat Cameron Highland.. kami pergi hujung bulan 6 selama 2 hari 1 malam tapi syok kottt bestt sangat rasa nak pergi je lagi :) (subjek goe je buat dalam kumpulan, so dila dalam kumpulan 3)
jom laaa tengok gambar group2 kelas dila :)

FIRST DAY




The first group




The second group








     My group :)
















ok tu laaa kumpulan dalam kelas dila dan aktiviti kami sepanjang hari dalam satu hari ini..
haaa kami pun pergi laa tempat kajian masing2..first day dapat selesaikan 2 kumpulan je..
so maknanya kumpulan dila kena pergi tempat kajian esok hari nya..
bila dah pusing sana sini, mesti laa penat kan so lepas tu kami pun pergi laa hotel..
lepas tu balik dari situ kami pun free laaa sampai laaa esok pagi nya yeaaaaa!!..
rehat rehat sampai laaa mahgrib, bila dah sembahyang cikgu ajak pergi pasar malam dekat situ..
alaaa jalan kaki je  ahahaha
tapi yang best nya sejukkkk kottt.. best2..
pusing2 satu malam tu, kami bukan beli apa pun ahaha, buat penat kaki je kan..
after tu cikgu kata dia nak naik bilik nak rehat and jumpa esok...siap cikgu kata pergi laaa mana2 korang nak tapi jagan lambat balik.. yeaaaaaaa!!!! tq cikgu.. ahahaha

kami pun fikir2 nak pergi mana ye, so last2 kami satu kelas pergi makan steambot..
best kan suasana tengah sejuk,kita makan benda yang panas2.. fuhhhh syok kottt..
so tengah2 makan, ramai laaa member dila balik dulu sebab sejuk sangat kat luar yelaaa jam pun nak tunjuk angka 12 malam











percaya tak, sebenarnya tak rasa macam upper six je ahahaha
(sebenarnya nak cakap muda tu ahaha)
habis makan2 balik hotel terus je ZzzZZZzz.. (penat sangat)


SECOND DAY











Ok lepas pergi buat kajian dekat group dila and mesti laaa kena berjalan kan ahahaha
jalan2 dekat mardi uishhhh tempat cantik kot..
kalau laaa dapat lebih masa time ni mesti nak duduk lama2 dekat sini..
tapi yang best sebab dapat jalan dengan kawan2..
haaa gelak dekat sana macam tak ingat orang je ahahaha..
bila dah balik sekolah balik.. kena mula buat PBS ..
so enjoy dah habis.. sedihhh :(
ahahaha alaa biasa laaa ada time seronok dan ada time tak seronok kan..
ok laaa.. buat masa ni dila cerita pasal PBS geo dulu.. next entry nak cerita PBS P.P dan PBS eko pula..


NAA XOXOXO