Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. it’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
…namun adakah semudah itu?
Semudah dengan mengucap maaf?
Belajar untuk percaya kembali setelah dikhianati
Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang? Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?
Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.
Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.
Bagaimana kita ketika itu?
Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?
Sepertinya agak mustahil bukan?
Walaubagaimana pun, kepercayaan adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan. Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Sebabnya adalah untuk kita. Supaya kita bebas dari bebanan.
1. Beri diri kita masa untuk bertenang
Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati. Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.
Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu. Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.
Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah & kesedihan yang bersarang dihati.
2. Berhenti mencari jawapan
Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa. Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.
3. Masa hadapan adalah berbeza dengan masa lalu
Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain. Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.
Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita, kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?
Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?
Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru. Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.
4. Pengalaman hidup yang mengajarkan buat kita
Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.
Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.
5. Terbuka dan Berterus terang
Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa. Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.
Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin. Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.
Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya. Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.
Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa. Relationships do change sometimes.
Penutup: Berilah kemaafan walaupun sukar. Belajar untuk percaya kembali
Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.
Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.
Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.
Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.
InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.
….
cope paste dari blog aku islam :)