Tuesday, 31 March 2015

tak pandai jaga perasaan orang

Hye you all :)

fuhhh lega baru lepas jawab paper yang membunuh tadi..
iaitu paper ekonomi.. dari form 6 lagi paper tu laaa yang paling ngeri..

harap sangat laaa untuk mid term tadi markah boleh lepas..

haritu sebelum dila nak balik sini..
dah janji nak berjumpa dengan orang dekat KFC ,minum milo..

apa perasaan korang, korang yang beria tunggu sampai satu jam..
mesej tak reti-reti nak replay..

sejam weiii sejam..
tak pernah laaa jadi patung dekat KFC tu sebab nak tunggu orang

dalam sejam gitu, baru replay,
katanya dia tak tahu..

perghhhh berapi juga laaa, rasa menangis taw..

malas gila nak layan.. sakit hati ni, tak tahu laa cakap..

please laaa, kalau dah berjanji nak berjumpa , jangan laa buat-buat lupa..
kalau rasa bersalah minta maaf jangan buat orang tunggu-tunggu gitu.








Friday, 27 March 2015

nak bernafas sekejap

 
HYE YOU ALL :)
 
alhamdulilah masa cuti seminggu hari tu dila ada buat segmen..
syukur ramai yang join.. moga segmen tu dapat memberi manfaat untuk semua..
free nanti in shaa Allah nak buat lagi..
harap ada sambut yang menggalakkan lagi.. in shaa ALLAH..  :)
 
lepas habis cuti tu je .. masuk kampus balik start kelas macam biasa hari isnin sampai sekarang no stop berfikir, kuiz , presentation semua tu.. ini laaa dunia sebagai seorang pelajar kan..
 
apa-apa pun memang rasa bersyukur sebab dapat berpeluang sambung study..
memang seminggu ni tidur pun macam krik krik je.. tengok-tengok dah pagi siap-siap pergi kelas -,-
 
have a nice day guys :)

Bagaimana Untuk Belajar Percaya Kembali Setelah Dikhianati?

 
HYE YOU ALL ^_^
 
Jom dila nak share something ni..
moga bermanfaat :)
 
 
Apakah yang lebih menyakitkan selain daripada dikhianati?
Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. it’s feel torn apart inside.
Kadang kala kita tidak tahu mengapa kita tiba-tiba dikhianati, tanpa sebarang ribut dan badai, sekelip mata sahaja hati kita bagai ditikam sedalam-dalamnya dengan kejam.
Setelah itu, dia datang meminta maaf dan ingin memulihkan keadaan seperti sediakala…
…namun adakah semudah itu?
Semudah dengan mengucap maaf?

Belajar untuk percaya kembali setelah dikhianati

Saya tahu, memang sukar untuk kita percaya kembali.
Bolehkah percaya kembali kepada suami yang curang? Bolehkah percaya kembali kepada isteri yang sanggup menduakan suami?
Dapatkah anda percaya kembali kepada sahabat yang memburuk-memburukkan kita dari belakang?
Mampukan kita memberi kembali hati kepada si dia yang menghancurkan harapan dan perasaan hati?
Ya, belajar untuk percaya kembali sekali lagi selepas dikhianati adalah salah satu aspek yang paling sukar untuk diterima oleh manusia biasa seperti kita.
Ia seolah-olah kita sedang berhadapan seorang tentera musuh yang telah menyerah kalah, tercedera, dan berjalan tempang kearah kita sambil mengangkat tangan, meminta tembakan dihentikan.
Bagaimana kita ketika itu?
Mampukah kita untuk memberinya peluang setelah dia membunuh saudara mara, keluarga dan rakan kita?
Sepertinya agak mustahil bukan?
Walaubagaimana pun, kepercayaan  adalah diperlukan untuk kemaafan dan proses penyembuhan. Ia diperlukan untuk membolehkan kita move on.
Kadang-kadang kita perlu memberi peluang kedua kepada seseorang untuk kembali menyambung dan mengeratkan tali silaturrahim dengan kita, walaupun ianya tidak mudah untuk kita.
Sebabnya adalah untuk kita. Supaya kita bebas dari bebanan.

1. Beri diri kita masa untuk bertenang

Belajarlah untuk mencintai diri kita sendiri dahalu.
Berilah diri kita masa untuk bertenang dan meredakan perasaan setelah kita melalui fasa yang memeritkan hati. Tidak semua orang mampu untuk kembali recover dengan cepat.
Ia proses yang mengambil masa dan memerlukan banyak usaha untuk melupakan kejadian lalu. Kita akan banyak kali jatuh, sebak dan murung, sebelum betul-betul dapat melepaskan kesedihan yang bersarang dihati.
Kuat diri dengan zikir dan solat. Jadikan Al-Quran sebagai peneman.
Berikan diri kita ruang untuk menikmati suasana, merenung ciptaan dan keindahan tuhan, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga.
Jangan hanya habiskan masa bersendirian memikirkan kejadian lalu, yang kita harus lakukan adalah memikirkan kehidupan jauh ke hadapan.
InsyaaAllah, kita akan cepat recover dan dapat melepaskan rasa gundah &  kesedihan yang bersarang dihati.

2. Berhenti mencari jawapan

Kita mungkin tidak tahu mengapa seseorang itu mengkhianati kita tetapi untuk move on kita harus sedar yang semua terjadi itu tiada kaitan dengan diri kita, bukan atas sebab kekurangan kita.
Manusia membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa. Ini adalah suatu perkara yang kita tidak boleh kawal atau jangka, dan tidak juga sesuatu benda yang anda boleh rancangkan.
Oleh itu cara terbaik untuk melupakan kesakitan dimasa yang lalu adalah membuka hati anda kepada masa hadapan yang sedang menunggu.

3. Masa hadapan adalah berbeza dengan masa lalu

Masa lalu kita tidak akan sama dengan sejarah yang telah berlalu. Walaupun kita pernah terluka dan dikhianati pada masa lalu, tidak semestinya kita akan dilukai kembali pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, jika orang yang cuba meraih kepercayaan kita itu memang jenis orang yang suka menipu dan berdalih berulang-ulang kali, lebih baik kita mulakan hidup dengan orang lain. Kerana ia mungkin akan sentiasa membebankan hidup kita.
Ia ibarat membawa batu didalam beg kita disepanjang perjalanan kita, kita terus mengutip dan mengutip lagi lebih banyak batu. Pasti berat bukan?
Tetapi bagaimana jika ada seseorang yang datang, dan menolong kita mengosongkan batu-batu itu dari beg kita, pasti kita akan hilang beban dan dapat untuk meneruskan perjalanan bukan?
Begitu juga dengan hidup, kadang kala kita memerlukan bantuan orang lain untuk mencipta kehidupan yang baru. Sebab separuh daripada masa hidup ini selalu dibazirkan oleh dua perkara, kalau tidak kerana silap memilih kerja, kita silap dalam memilih orang untuk dipercayai.

4. Pengalaman hidup yang mengajarkan buat kita

Kita telah belajar banyak erti kehidupan disaat kita menghadapi suasana yang menyakitkan.
Kita sekarang telah menjadi orang yang lebih bijak dan jauh lebih kuat daripada kita yang sebelumnya.
Ini bermakna kita telah mempunyai banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan dalam membina perhubungan yang baru, dan insyaaAllah kita akan menjadi sahabat atau pasangan lebih baik.

5. Terbuka dan Berterus terang

Setelah memberi peluang kepada orang yang pernah mengkhianati anda, jangan takut untuk bersikap terbuka dan berterus terang tentang apa yang anda rasa. Beritahulah anda apa harapan anda terhadapnya.
Ia akan membuatkan orang itu memahami perasaan anda dan pada masa yang sama menjadi peringatan kepadanya supaya tidak akan lagi cuba mengkhianati atau melukakan hati anda.
Jika anda rasa dalam persahabatan semula itu menuju kearah yang betul, teruskan meluangkan masa dengan kawan itu senormal yang mungkin. Cepat atau lambat, InsyaaAllah anda akan rapat semula dengannya seperti dulu-dulu.
Mungkin dengan sesetengah kawan yang lain, yang mana anda mungkin pernah sangat rapat dengannya, adakalanya anda merasakan anda tidak lagi mampu untuk mempercayai dia untuk sepenuhnya. Tapi anda tiada masalah bila bersamanya, maka dia telah bertukar status dari kawan baik kepada kawan biasa.
Itu adalah tidak mengapa, ia perkara biasa. Relationships do change sometimes.
 

Penutup: Berilah kemaafan walaupun sukar. Belajar untuk percaya kembali

Sebenarnya ini adalah perkara yang pertama sakali yang harus kita buat, memberi kemaafan.
Walaupun sukar, walaupun seperti tidak rela.
Kerana dengan kemaafan sahaja dapat membuka hati kita untuk melihat ke hadapan, penting dalam proses penyembuhan. Disinilah yang kita selalu silap kerana kita selalu menganggap kemaafan itu adalah sama dengan proses melupakan, walhal manusia tidak akan pernah melupakan.
Memaafkan bermakna kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Memaafkan akan melapangkan jiwa kita.
Oleh itu susunlah langkah untuk melepaskan dendam dan menikmati hidup seadanya. Belajar untuk percaya kembali sememangnya sukar, tapi tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.
Hanya orang yang punyai jiwa besar mampu memberi peluang kedua kepada orang lain.
InsyaaAllah, bila anda dapat melakukannya, anda akan merasakan satu ketenangan dan kebahagiaan yang belum pernah dirasakan.
….
 
 
 
cope paste dari blog aku islam :)
 

Friday, 20 March 2015

harga standard or memang dah mahal ???


hye you all :)

 dua tiga hari ni sel sel otak banyak pula bekerja nya
jadinya banyak pula berfikir itu ini kan..

dila macam terfikir sesuatu..
dila ada kenal satu ustaz ni 
sebab dia ajar dila mengaji haritu.. lepas tu dia ada hantar 
untuk next kelas mengaji rm100 sebulan..

sebab haritu pun memang dila bayar dengan harga tu tapi tetiba pula 2 3 hari ni terfikir pasal ni heee..

sebab masa dila kecik-kecik dulu, belajar mengaji, duit tak ada laa bayar semahal tu ... hmmm
ke sekarang semua benda nak naik harga.. nak nangis laaa gini..

tapi untuk ilmu tak apa laaa habiskan berapa tapi sje je fikir masa akan datang pula..

lepas tu dila terfikir nanti dah kahwin.. dah ada anak lapan,
hantar anak mengaji sorang rm100 kali dengan lapan orang
dah rm800.. banyak tuuu..

jadi dila pun berfikir jalan penyelesaiannya
 dengan mencari husband yang boleh mengaji dan boleh mengajar mengaji
haaa.. senang anak-anak dila nanti.. dah jimatt sikit heeeee..

kita merancang Allah yang tentukan segalanya :)






Segmen Kad Cinta#2

HYE YOU ALL ^_^



JOM JOIN U ALL :)



Thursday, 19 March 2015

kenapa lawak??

hye you all :)

ok I know hari ni dah hari khmis..
yeayyy assigment still macam krikk krikk je lagi ni -,-

ok nanti I stay up ok, ahahaha ye ye stay up tu..

tapi entry kali ni bukan laa nak story pasal assigment ke, pensyarah yang bagi kerja berlambak tak kasi orang holiday ke -,-.. bukan bukan..

 kali ni dila nak cerita sikit kenapa lawak??

apa laa benda tu kan..

haaa gini, bila ada yang bertanya dekat dila
ko suka berkawan or suka dekat someone tu macam mana
and jawapan yang pertama yang dila akan bagi adalah..
dia seorang yang lawak.. 

itu laaa yang asyik member akan  tanya, kenapa lawak??..
asal tak cakap nak berkawan dengan orang yang pemurah sampi air yang seposen tu pun dia belanja, and kenapa tak cakap nak yang baik hati.. kenapa dila kenapaa????,,

and I don't know why after tu my friend confius dia berbakul-bakul ahahhahaa

why lawak, sebabnya dila suka gelak,
sebab orang jenis lawak ni, dia suka hiburkan hati orang,
sebab dila pun macam tu, bila berstory dengan kawan dila, dila akan buat lawak sikit2 tapi gaya mereka macam gelak nak jatuh kerusi jadinya,
itu aku tak faham lawak sangat ke, ker perli cittt -,-

orang yang lawak ni senang sekepala dengan dila..
dah banyak buat uji kaji dah..
and tak suka  orang yang terlalu serious..
yess benda yang perlu kita serious ke perlu serious..

itulahhh ceritanya..
tapi berlawak pun berpada-pada juga 
jangan sampai terguris hati orang..   :)






Wednesday, 18 March 2015

JOM SAMA-SAMA JAGA YE.. JAGA APA TU ??


hye you all :)

apa tu, apa yang di jaga nya??

rasa-rasa apa ye??

jom kita sama-sama menjaga,

HATI, AURAT , PANDANGAN, AKHLAK, IMAN DAN UCAPAN 

kita cuba jaga 6 perkara di atas ni slow-slow ok, tapi biar laa sentiasa berterusan ye

jangan laaa, hari ni kita jaga pandangan esok tak dah..
jangan laaa gitu, kita jaga hari ni, esok pun kita jaga, lusa kita jaga, tulat tongeng pun kita still jaga and biar sampai bila-bila kita menjaga 6 perkara di atas ok :)
 , in shaa Allah lama-lama terbiasa dah.. *peringatan untuk diri sendiri juga *  :)







Tuesday, 17 March 2015

Nak Link Blog Boleh ?? #1





Assalammualkium ..

HYE YOU ALL ^_^

ok hari ni dila nak buat satu segemen 

yang bertajuk : '' Nak Link Blog Boleh ?? #1"

MOTIFNYA IALAH :

-senang nak blogwalking
-dapat kenal lebih ramai sahabat blogger
-dapat baca pelbagai story and perkongsian






syaratnya :

1. FOLLOW BLOG 
2. BUAT TAJUK ''NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1''
3. COPY GAMBAR AND LINK KE ENTRY NI
4. SEND YOUR LINK ENTRY DEKAT BAHAGIAN COMMENT BAWAH NI YE ^_^


TARIKH BEROPERASI DARI 17/3 - 21/3 



jom usha blog dema ^_^






30. http://msvelentine.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html

31. http://cyanxkamo.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
32. http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
33. http://sigilerceloteh.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
34. http://mrsyatie.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
35. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html

36. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
37. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
38. http://belogkalerpurple.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
39. http://atrix96.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
40. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

41. http://rajaalong165.blogspot.com/
42. http://yangbaik.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html
43. http://sueakgogeous.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh.html
44. ?????






Monday, 16 March 2015

Fitnah Wanita !


HYE YOU..
ok dila nak share sikit pasal Fitnah Wanita..

sebenarnya panjang petikan ni, tapi dila ambil yang penting.. dila tahu ramai yang tak suka baca panjang-panjang kan
sebab tu dila ambil yang penting sahaja supaya mesej tu sampai.. moga bermanfaat untuk kalian

.
.
.

Umar Al Khattab pun yang dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang pada musuh
, takut dengan fitnah wanita . Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa , dari berjalan dibelakang seorang wanita..  Itu  yang di kata, wanita ni mahal tapi mereka tak percaya..
 masih juga mahu buat tayangan perdana diri sendiri kepada umum..


janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tapi sebenarnya bertelanjang. hukum tarik perhatian lelaki bukan halal ialah HARAM!

buku tarbiah sentap, memang sentap beb !!!!


HYE YOU ALL ^_^








ok , kalau ada yang tanya dila mana beli buku ni,
dila sebenarnya beli dengan agen dema.. sebab buku ni belum keluar dari pasaran..

ada yang bertanya dekat dila

''dila sentap ke bila baca''

dila jawab
''nak rasa sentap, beli and baca, lepas baca baru rasa sentap ke tak sampai ke hulu hati''

sesuai sangat untuk remaja-remaja yang asyik pemikiran tentang ''CINTA'' sahaja

baca laaa, biar kita tahu apa yang kita buat selama ni dosa ke tak..

nak tahu lebih lanjut
ni fb nya : tarbiah sentap


kalau dila ada masa, dila share sikit dalam buku ni ye ^_^

have a nice day guys :)





Pencarian Wajah FELINNA 2015 !!!


HYE YOU ALL ^_^


ok sesiapa dekat sini duduk belah utara belah kedah sana
angkat tangan!!  yeaaa ada good news ni..

siapa yang minat nak jadi model tu, ni laaa peluang korang nak tunjuk bakat right??

mana tahu dari sini, datang pula rezeki yang lain, mana tahu kan..
yang berminat boleh laaa ceburi .. good luck

heee tolong sebarkan, mana tahu ada yang tak tahu kan ^_^










Segmen Bloglist untuk blog CH



Syarat-syarat

1. Follow blog Ceritera Hidup
2. Copy banner & link kan ke blog Ceritera Hidup
3. Tinggalkan link blog anda di bahagian komen blog Ceritera Hidup
4. Tarikh tutup pada 1 April

Sunday, 15 March 2015

''Segmen Bloglist by JINDRISSKA''






SEGMEN TAMAT 23/03/2015

kembali lagi.. maaf kan diriku !




ASSALAMMUALKIUM..




firstly, mohon maaf kepada sesiapa yang selama ni dila selalu blogwalking blog dia tapi
kebelakangan ni, dila dah krik! krik! kan heee..
maaf dah start sambung study dah makin busy jadinya

nak update blog tapi wifi pun asyik ajak bergaduh terus batalkan niat nak update..
serious banyak nak share.. 

ok cuti ni dalam seminggu ni, dila share anything yang bermnafaat ok.. ^_^




Sunday, 1 March 2015

MY NEW LIFE

Assalammualikum..
alhamdulilah dapat juga upadte blog setelah lama tak update ni..
mana dila pergi ?? hee entry yang sebelum ni, dila ada bagi tahu
yang dila bakal masuk unikl dalam jurusan marketing..
awal bulan dua haritu dah diistiharkan menjadi students unikl hee..
semua di permudahkan alhamdulilah walaupun dila daftar lambat..
doa kan dila berjaya dekat sini ye, amin .. terima kasih semua moga kalian juga berjaya dalam bidang yang kalian ceburi ^_^