Tuesday, 30 June 2015

Korang berjaya sehingga hari ni....




Korang berjaya sehingga hari ni, bukan semata-mata sebab usaha korang sangat pun..

Tapi faktor yang paling banyak membantu korang berjaya sehingga hari ni antaranya,

1. Doa mak ayah korang.
2. Doa ramai manusia untuk korang kesan daripada korang tolong mereka.

Sama ada orang miskin yang lapar korang bagi makan,
sama ada anak yatim yang kesunyian, korang usap kepala mereka.
sama ada kawan korang yang susah, korang mudahkan urusan dia.
sama ada motor orang rosak tepi jalan, korang tolong tolak pergi bengkel.
sama ada korang bagi kucing makan.
dan banyak lagi.

Kesimpulannya,

Jangan berlagak sangat bajet korang berjaya hari ni semua hasil daripada daki peluh korang.

Boleh jadi ia sebab doa orang lain. Jadi jangan pernah ambil ringan untuk buat baik. Buat je baik walaupun hanya bagi makanan pada kucing kat kedai mamak.

p/s : dan sebab paling utama of course sebab Allah yang tolong kita semua.



MOGA BERMANFAAT UNTUK KALIAN..
#sharedaritarbiahsentap

RAMADHAN: PAHALA vs MAKSIAT



Ramadhan ni, ramai orang selalu fikir untuk banyakkan ibadah untuk tambah pahala.

Nak khatam quran dua tiga empat kali.
Nak sedeqah banyak-banyak.
Nak iktikaf lama-lama.
Dan lain-lain.

***

Tapi, ramai yang tak fikir untuk tinggalkan maksiat.

Yang merokok masih merokok.
Yang tak pakai tudung masih tak pakai tudung.
Yang pakai tudung tapi masih tak sempurna, tak tutup aurat sempurna.
Yang tengok video lucah masih tengok video lucah.
Yang couple masih couple siap buka puasa sama-sama.
Yang ikhtilat couple islamik masih menggunakan alasan agama untuk terus bercouple bajet islamik.

***

Kenapa ye?



Kebaikan itu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu.

Tetapi, ia diukur dengan banyaknya dosa dan jahiliyyah yang ditinggalkan.


Kerana orang yang banyak melakukan kebaikan belum tentu dapat meninggalkan maksiat kepada Allah.

Tetapi orang yang mampu mebinggalkan maksiat kepada Allah dan jahiliyyah dalam dirinya sudah tentu akan melakukan kebaikan.


Dengan meninggalkan maksiat dan jahiliyyah dalam diri anda, anda telah melakukan kebaikan yang paling afdhol. Kerana jalan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan merupakan jalan yang satu!


Ingat.

"Ramai orang boleh buat ibadah, tapi tak ramai orang boleh tinggalkan maksiat...."

Moga kita semua di beri kekuatan untuk tinggalkan maksiat di bulan ramadhan ini, seterusnya istiqomah sampai mati!



MOGA BERMNAFAAT UNTUK KALIAN..
#sharedaritarbiahsentap







Nasihat saya kepada lelaki dan perempuan yang belum berkahwin..



Nasihat saya kepada lelaki dan perempuan yang belum berkahwin..
Sebelum berkahwin,

1. Ubah diri sendiri dulu. Jangan mengharap bakal pasangan korang yang akan bimbing korang.

Taubat sungguh-sungguh. Jangan tungguh lepas kahwin baru nak tutup aurat, baru nak taubat bagai.

2. Perkahwinan tu adalah SUCI. JANGAN hiasi jalan perkahwinan dengan jalan yang KOTOR dan MAKSIAT seperti ikhtilat, dating, couple dan sebagainya walaupun dah bertunang.

Kalau dah tunang sekalipun, ikhtilat tetap kena jaga macam biasa,
Kami pernah jumpa case yang pasangan bertunang ni, seminggu lagi nak kahwin, tapi dah terlanjur.

Kemudian 2 hari sebelum nak kahwin, putus tunang sebab tiba-tiba lelaki tu kahwin dengan orang lain.

Perempuan tu terus rasa nak bunuh diri,

Ini bukan drama atau novel. ini REALITI.

Moga Allah pelihara kita dan kita dan kita...




moga bermanfaat untuk kalian..
 #sharedaritarbiahsentap