Friday, 6 June 2014

Cara Halus Tegur Kesalahan Orang,Meh nak habak!!

eh..hangpa dah nampak tajuk dekat atas tu meh laa terus baca..
aishh tak rugi laaa.. serious!!

ok.. first tu dila nak tanya siapa yang dekat sini tak pandai tegur kesalahan orang???
haaa nak tahu cara menegur yang paling baik .. bak kata orang jawa paling sopan santun hihihi

sumber ni dila dapat dari majalah Remaja.. dila nak share sebab rasa berguna untuk semua orang kan :)
(aishh orang baca juga majalah ahahaha)


JOM KITA MULAKAN!!



1)    TEGUR SECARA LEMBUT
Tak perlu berkasar, tegur sahaja dengan cara yang lembut. Jika tidak apalah maknanya teguran kamu itu. Mana tidaknya, jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.

2)    DI TEMPAT YANG TERSOROK
Tempat awam, hadapan khayalak ramai, dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari kamu berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk kamu menegur. Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok. Ini kerana, mungkin niat kamu untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.

3)    DOUBLE MEANING
Jika kamu ingin menegur individu yang agak sensitif, gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat. Contoh jika sidia pakai pakaian yang terlalu terdedah, jangan terus kata “kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke ?”. sebaliknya cuba guna ayat seperti “Kan lebih bagus jika kamu pakai pakaian yang labuh sedikit... yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang. Takut mengundang bahaya pula kan.” Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurang si dia tahu pakaiannya itu tidak patut di pakai. Bukankah begitu?

4)    JANGAN GUNA PERKATAAN YANG KASAR
Jangan jatuhkan standart kamu dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar. Ingat, jika kamu sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi kamu sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.

5)    JANGAN TERLALU JUJUR
Ya, jujur itu perlu dan sangat di sarankan. Tetapi bagaimana jika kejujuran kamu itu mampu membuatkan individu yang di tegur itu terluka dan berkecil hati ? Jadi, sebaiknya fikir sebelum bercakap. Jika ia boleh mengundang air mata baik kamu tukar perkataan kamu dengan sesuatu yang lebih sedap untuk di dengari tetapi mempunyai maksud yang sama.

6)    SERTAKAN CONTOH
Setiap yang ingin kamu sampaikan pastikan bercontoh. Contohnya kamu sedang menasihati adik beradik yang sedang bergaduh, pilihlah beberapa kisah tauladan seperti “kisah si adik yang derhaka”atau apa sahaja  yang boleh di jadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin kamu sampaikan dan secara tidak langsung menyedarkan si dia. Jika cerita itu hanya rekaan pon tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat, jelas, mudah di fahami dan logik.

7)    DENGAR DUA PIHAK DAHULU & JANGAN BUAT KONKLUSI
Jika kamu sedang menasihati orang yang sedang bergaduh, elakkan daripada membuat konklusi sendiri. Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pekara ini akan menunjukan kamu seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik.



haaa dah tahu kan macam mana nak tegur seseorang yang melakukan kesalahan tanpa melukakan hatinya.. dah tahu???  baaagus :)
 kita cuba buat dalam runtin harian kita ye :)





4 comments:

  1. Bila tegur pakai contoh org kata kita psiko dia. Huhu. Baguih tip ni.

    ReplyDelete
  2. kita tegur dia berkias/perli yg tak memalukan..nice tips..! :)

    ReplyDelete
  3. Tips yg amat berguna. Nak tegur org mmg kena dgn cara berhemah :)

    ReplyDelete
  4. boleh pakai.. tp klu jenis tak fhm bahasa, kena jugak cara terang2 hehe...

    ReplyDelete

Tinggalkan laaa komen anda di sini.. satu baris pun ok hihihi :)