Saturday, 9 August 2014

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik


sahabat bloggerku sekalian..
macam mana raya yang ke 12 hari ini?? still dapat duit raya lagi ke?? hihihi

macam tajuk dekat atas tu, sering kali kita dengar
'' PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK''

yup, bila kita nak dapat pasangan yang baik , yang setia,  kita yang terlebih dahulu perbaiki semua tu dalam diri kita..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untu hambanya..


from: goggle


dila ada terjumpe satu artikel dari sahabat blogger juga
credit: mayanadiaazmi


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." 


(Surah an-Nur' ayat 26)


Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya kita masih meragui kalimah Ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk kita ikuti?



Akhawat sejati, percayalah. ALLAH lebih mencintaimu. Tidak rugi tinggal lelaki, yang tidak reti menghargaimu. Persiapkan diri menjadi solehah. Pasti yang soleh akan menjejaki kamu. Aku turut bersimpati dengan sahabat-sahabatku yang terlalu taksub dengan cintanya. Teringat kisah lama. Kita aku belajar dahulu.


"Nampak kamu resah sahaja? Ada masalah ke? tanyaku pada seorang sahabat. 


"Teman lelaki saya mesej dengan perempuan lain. Dia ajak perempuan tu keluar. Siap ayat bermanja-manja lagi. Saya tak sangka dia akan begitu pada saya. Saya terlalu percayakan dia."


"Tinggalkanlah dia. Dia tak layak untuk awak. Awak boleh dapat yang lebih baik." nasihat aku kepadanya.


"Tidak, saya takkan tinggalkan dia. Saya akan rebut balik dengan perempuan itu untuk dapatkan kekasih saya. Dia milik saya saya seorang! Saya dah buat macam-macam untuk dia. Takkan saya nak lepaskan dia pada wanita itu begitu sahaja?"


Aku terdiam. Kasihan sahabatku. Nasihat ku tidak dipedulikan. Moga Allah memberi hidayah kepada kamu. 


Awal perkenalan lagi dia mampu mainkan kamu? Bagaimana jika kalian bernikah nanti? Apa bukti yang dia akan setia dengan kamu? Fikir baik-baik. Please think twice before you do something. 


ALLAH, ALLAH, ALLAH..
bila dila terbaca kisah yang di tulis oleh kak maya ni..
dila menagis, menagis..

dila pernah ada terniat nak rebut balik dengan perempuan yang dah ambil kekasih dila dulu
Ya Allah, dila bersyukur sebab dila tak berebut nak ambil balik..

walaupun hati sakit, macam-macam fikir..
dila bersyukur sebab tak ambil tindakan yang paling bodoh itu..
dila hanya fikir satu.. "JODOH''
kalau dila dengan dia memang ada jodoh, kami pasti akan bersatu juga
tak kira sekarang dia dengan siapa
kalau Allah kata dia jodoh ku, 
banyak halangan mana pun, sesukar mana pun..
pasti menjadi milikku..

aku tak nak berebut, aku tak nak di pandang perempuan yang tidak tahu malu..
please perempuan-perempuan di luar sana..
even korang tengah putus cinta macam dila sekarang ni..
please2 kawal diri and jangan sesekali ambil tindakan yang paling bodoh..

perempuan ni ada maruah.. jaga maruah kita ye sayang-sayang ku..
kalau dia bukan jodoh kita,  percaya yang Allah dah sediakan seseorang untuk kita
percaya laaaa.. Allah tu maha adil..


from: goggle


5 comments:

  1. Great sharing for me dear..thankss :)

    ReplyDelete
  2. perancangan Allah memang yang TERBAIK buat kita :)

    ReplyDelete
  3. Hakikatnya jodoh itu terlalu misteri. Lepas ni kena berhati-hati, jangan mudah terjerat dengan kata-kata manis seorang lelaki yang bukan halal untuk kita.

    Nice sharing, nice reminder.

    Salam singgah.. \[^__^]

    ReplyDelete
  4. Assalam... perancangan Allah pastinya ada kebaikan buat kita sbg insan... pasti ada hikmahnya.
    Saya bw & follow sini.. salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan laaa komen anda di sini.. satu baris pun ok hihihi :)