Sunday 28 December 2014

Tangisan sahabat ku mangsa banjir


ASSALAMMUALIKUM..

HYE YOU ALL ^_^


kebelakangna ni, dila rasa semua tahu apa yang telah terjadi di negara kita..
iaitu banjir yang amat buruk..

Allah kita mendengarnye pun dah rasa sayu, sedih
apatah lagi saudara kita yang mengalaminya..

dila ada seorang kawan mangsa banjir..
kawan satu usrah di whatapp..

dia mangsa banjir di pahang..salah seorang student kipsas..
masa haritu dia sempat contact group usrah.. dia ada hantar pakai voice

mula-mula dia cerita suasana di sana.. lama-lama suara dia bertukar and then dila terdengar tangisan dia..
Allah,  bila dengar je dia menangis , air mata ni mudah sangat nak turut serta..

dia menangis sebab dia rasa takut dalam keadaan macam tu, mungkin ni pengalaman pertama dia..
tapi kami sahabat usrah tetap bagi dorongan dekat dia..
mungkin kita tak biasa kita akan rasa lain suasana tu.. tapi Allah bagi ujian ni kepada hamba-hambanya yang kuat..

Alhamdulilah lepas tu, dia dah boleh biasakan dengan keadaan dia sana, ada juga hantar berita lepas tu, Alhamdulilah setakat ni berita di kipsas sana, air dah surut..

tapi ada juga saudara kita yang masih, kelaparan, kesejukan, kepanasan,
Allah bila taip ni dah tergambar-gambar keadaan mereka di sana..

kita jangan berhenti berdoa untuk mereka ye.. 
Allah dengar rintihan kita.. in shaa Allah, Allah bantu..
jom sahabat kita juga turut rasa apa yang di rasa oleh saudara kita di luar sana..








Saturday 27 December 2014

Segmen Blogwalking & Tambah Follower Hujung Tahun



Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni rasa nak buat Segmen lak. Tujuan Segmen ini diadakan untuk kita semua saling berkenalan, memudahkan kita blogwalking dan sekaligus meningkatkan trafik blog dan menambahkan Follower di blog masing-masing. Jadi tunggu apa lagi, jom join beramai-ramai yer.

Syarat-Syarat Penyertaan

1- Follow Blog ini
2- Like Facebook Page Blog ini di Sidebar Jika Sudi.
3- Segmen ini akan tamat pada 30 Disember 2014.
4- Korang hanya copy coding dibawah dan paste kan di ruangan html di blog korang dan tinggalkan link entry korang di ruangan komen kat bawah ni.

tu jer simple kan.. Selamat Bersegmen dan Berblogwalking.

Pencarian Bloglist 2015 By BBL - Contest





jom join :)

tamat pada : 8 Januari 2015 

SEGMEN YOU FOLLOW ME, I WILL FOLLOW YOU BACK




jom join.. syarat mudah sahaja :)




Tuesday 16 December 2014

Belajar Dari Masa Silam Yang Menyakitkan & Lepaskannya!


Hye You All :)









dila tahu nak melupakan benda yang menyakitkan tu susah sangat..
sampai setiap masa kita terfikir benda menyakitkan tu kemudian rasa sedih sangat
rasa macam tak boleh nak pergi, hanya mampu rasa sedih je..

duduk terfikir apa yang terjadi, tak boleh terima apa yang terjadi
kemudian rasa sedih, macam tak ada semangat dah..

tapi ada satu je cara kita nak lupakan semua ni..
iaitu dengan MELEPASKANNYA

lepaskannya pergi, nekad dalam diri yang kita tak kan toleh kebelakang lagi
walaupun apa pun yang terjadi..







*share from akuislam.com



Thursday 4 December 2014

"Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.

Kredit untuk Kak Mialiana

Wednesday 3 December 2014

Saturday 22 November 2014

"Segmen I Follow U By Blog Dieyla"

HYE YOU ALL ^_^

jom join sebelum tamat tempoh  :)


SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*

"Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana mudah untuk blogger lain datang ke blog saya  ^_^ ""

 

Monday 17 November 2014

eh isteri jaga suami ke atau suami jaga isteri?


ASSALAMMUALIKUM..

HYE YOU ALL ^_^




heee sejak dah pergi kursus kahwin ni, topik macam ni juga menarik hati hee ^_^

ahahaha why not, pengetahuan juga kan :)

tengok gambar dekat atas ni, agak semuanye dah faham

walaupun isteri tu suri rumah je, jangan ingat dia duduk rumah tak buat kerja..
lagi banyak kerja yang di buatnye..

dah ada anak berganda lagi kerja dia..

teringat masa pergi kursus kahwin haritu.. ustaz ni cerita

ayat suami selalu guna bila balik dari kerja..

''awak buat apa je dekat rumah''

wahai suami-suami sekalian.. isteri dari bangkit sampai nak tutup mata
masih uruskan hal rumah tangga..

so sometime tu tunjuk laaa yang kita hargai sikit..
seronokkan hati isteri tu..
macam ustaz haritu kata, bagi bunga sekuntum je tapi si isteri ni boleh ingat sampai 5 tahun akan datang heee

nampak tak punya hargai kalau suami buat macam gitu..
hargai laaa sesiapa pun jodoh kita.. ^_^



Friday 14 November 2014

S.A.B.A.R


HYE YOU ALL ^_^

biar laaa gambar berbicara :)









semoga kita sentiasa dalam keadaan bersabar bila kita berdepan dengan ujian Allah

in shaa Allah ^_^



#gambar from goggle




Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

" Segmen #2 : Bloglist Disember 2014 "



pendapat saya : blog simple and nice :)
semoga berjaya dalam dunia blog ye ^_^


jom join semua..

Tarikh : 12 Nov 2014 smpai 22 Nov 2014






"Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1"




jom join you All ^_^

tekan banner dekat atas ok, kalau nak join :)




Saturday 25 October 2014

seorang muslimah sempurna ke dia??


Assalammualikum
hye you All ^_^


hari ni dila nak share sikit dari usrah ..
semoga bermanfaat untuk semua muslimah di luar sana :)

walaupun panjang benda yang dila nak share ni..
tapi dapat menikam ke kalbu bila baca :)

fuhhh ke kalbu terus tu heee nak tahu apa dia..
kena laaa baca ^_^


Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,

Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"





□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dan untuk insan lain yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa.
"Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.
Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.
Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.
Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.
Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.
Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.
Cuba belajar menerima mereka.
Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.
Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,
Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.
Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.
Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia sepertimu.
Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
Jangan lembik.



semoga kita kuat untuk terus berubah menjadi yang terbaik di sisi Allah
in shaa Allah ^_^