Tuesday, 6 January 2015

segmen "kita kawan" by Aisyah Mazalan


hye you all :)






10 fakta tentang diri ku :

  • anak ke 2 dari 4 adik beradik
  • suka bercakap
  • suka buat orang lain happy
  • mudah marah bila orang ganggu tidur
  • suka berangan
  • suka shopping
  • suka buat surprise
  • tak suka cicak *geli*
  • suka makan pedas
  • jenis setia kalau dah suka :)


Saturday, 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul .. (Akhlak Nabi Muhammad saw)



ASSALAMMUALAIKUM

hye you all ^_^

SALAM MAULIDUR RASUL ^_^

Hari ini cukup istimewa untuk kita semua..
iaitu hari kelahiran NABI MUHAMMAD SAW..

jom perbanyakkan selawat...
tapi tapi hmmmm
jangan untuk hari ni je taw berselawat tapi biar laaa hari-hari.. paling malas pun lepas solat kita selawat untuk baginda ye..
boleh kan.. eh tak rugi taw.. tapi kita dapat something special taw.. haaa apa dia tu ??

Sabda Rasulullah SAW:
''Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku"
[H.R Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Masud]


so rugikan kalau orang tak berselawat ke atas nabi... jadi jom hari-hari kita ingat baginda dengan berselawat kepadanya ^_^

dila nak share sikit akhlak Nabi Muhammad SAW..
Moga bermanfaat :)






Akhlak Nabi Muhammad saw (ruj Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang
5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak2 di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah           Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.
24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yg melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya
.
30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.
37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dlm berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)








Sunday, 28 December 2014

Tangisan sahabat ku mangsa banjir


ASSALAMMUALIKUM..

HYE YOU ALL ^_^


kebelakangna ni, dila rasa semua tahu apa yang telah terjadi di negara kita..
iaitu banjir yang amat buruk..

Allah kita mendengarnye pun dah rasa sayu, sedih
apatah lagi saudara kita yang mengalaminya..

dila ada seorang kawan mangsa banjir..
kawan satu usrah di whatapp..

dia mangsa banjir di pahang..salah seorang student kipsas..
masa haritu dia sempat contact group usrah.. dia ada hantar pakai voice

mula-mula dia cerita suasana di sana.. lama-lama suara dia bertukar and then dila terdengar tangisan dia..
Allah,  bila dengar je dia menangis , air mata ni mudah sangat nak turut serta..

dia menangis sebab dia rasa takut dalam keadaan macam tu, mungkin ni pengalaman pertama dia..
tapi kami sahabat usrah tetap bagi dorongan dekat dia..
mungkin kita tak biasa kita akan rasa lain suasana tu.. tapi Allah bagi ujian ni kepada hamba-hambanya yang kuat..

Alhamdulilah lepas tu, dia dah boleh biasakan dengan keadaan dia sana, ada juga hantar berita lepas tu, Alhamdulilah setakat ni berita di kipsas sana, air dah surut..

tapi ada juga saudara kita yang masih, kelaparan, kesejukan, kepanasan,
Allah bila taip ni dah tergambar-gambar keadaan mereka di sana..

kita jangan berhenti berdoa untuk mereka ye.. 
Allah dengar rintihan kita.. in shaa Allah, Allah bantu..
jom sahabat kita juga turut rasa apa yang di rasa oleh saudara kita di luar sana..