Tuesday 10 June 2014

cara untuk mengempiskan perut

haaa ni dila nak sahre lagi dari majalah Remaja..
mesti korang tak suka kalau perut ada masalah kan??

ni dila ada jumpa macam mana nak kempiskan perut.. 
tapi kena rajin-rajin laa ikut ye :)




Terdapat banyak cara untuk mengempiskan perut yang bermasalah. Antaranya ialah :-

MINUM AIR PUTIH
Kita di sarankan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Amalan ini akan membantu dan menyenangkan penyingkiran toksik dalam badan. Malah ia juga bagus untuk sistem pencernaan dan perkumuhan badan.

OLAHRAGA / BERSENAM
Lakukan segala aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan cuba lakukan senaman yang paling sesuai untuk mengempiskan perut seperti sit up. Senaman ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malah ia juga akan membuatkan perut kamu semakin fit dan tidak mengelebeh.

MAKANAN YANG SEIMBANG & SIHAT
Jenis makanan yang di makan juga sangat memainkan peranan dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayurandan buah-buahan untuk melancarkan pencernaan.

BANYAK KETAWA
Ya, memang benar. Ketawa adalah salah satu cara altenatif untuk kamu mengecilkan perut. Ini kerana, apabila kamu ketawa otot perut akan berkerja sehingga lemak yang ada di bahagian perut terbakar.


SELAMAT MENCUBA YOU ALL!! :D

Monday 9 June 2014

Terbaikk laaa.. !!

haaa apa yang terbaik pula tu..
jom tengok and faham ye :)


bagus taw bila kita friend dengan parents ni..
ada orang tolong ingatkan kita..
yelaaa asyik dok wish sana sini.. ayah datang untuk ingatkan kita..

hehehe..so i wish good luck untuk my sisiter untuk exam esok..
buat yang terbaik untuk sem ni :D

Saturday 7 June 2014

"segmen Blowalking by Ain Eddihar *1"



kalau you all nak join.. tekan banner dekat atas ni ye :D

Hypp me!!!

haaa rasanye ramai yang dah tahu pasal Hypp me! kn??..
hangpa semua dah install ke??..
kalau korang tanya dila pasal ni,
 dia lebih kurang macam whatapp, wechat..
tapi ni bawah Telekom Malaysia (TM)..
Haritu dema ada kasi peluang
 boleh berHypee me! dengan artis..
nak tahu siapa..
haaa jom tengok!!!!!







tapi semua ni dah lepas laaa hehehe..
and nombor tu bukan nombor asal dema pun..
dila pun dapat call sorang je antara berlima ni..
hehehe.. seronok juga pakai Hypp me! ni..

jom install ramai-ramai :)
SELAMAT berHypp me!!!


Friday 6 June 2014

Cara Halus Tegur Kesalahan Orang,Meh nak habak!!

eh..hangpa dah nampak tajuk dekat atas tu meh laa terus baca..
aishh tak rugi laaa.. serious!!

ok.. first tu dila nak tanya siapa yang dekat sini tak pandai tegur kesalahan orang???
haaa nak tahu cara menegur yang paling baik .. bak kata orang jawa paling sopan santun hihihi

sumber ni dila dapat dari majalah Remaja.. dila nak share sebab rasa berguna untuk semua orang kan :)
(aishh orang baca juga majalah ahahaha)


JOM KITA MULAKAN!!



1)    TEGUR SECARA LEMBUT
Tak perlu berkasar, tegur sahaja dengan cara yang lembut. Jika tidak apalah maknanya teguran kamu itu. Mana tidaknya, jika hinaan lebih banyak dari teguran itu bukan nasihat tetapi itu lebih ke arah memalukan.

2)    DI TEMPAT YANG TERSOROK
Tempat awam, hadapan khayalak ramai, dan tempat-tempat yang boleh di lihat oleh orang lain selain dari kamu berdua adalah tempat yang paling tidak sesuai untuk kamu menegur. Sebaiknya pilihlah tempat yang lebih privasi dan tersorok. Ini kerana, mungkin niat kamu untuk menegur tetapi bila di lokasi yang salah ia bertukar seperti cuba menjatuhkan dan memalukan.

3)    DOUBLE MEANING
Jika kamu ingin menegur individu yang agak sensitif, gunalah perkataan atau ayat yang mempunyai maksud tersirat. Contoh jika sidia pakai pakaian yang terlalu terdedah, jangan terus kata “kau pakai seksi ni kau tak takut mati ke ?”. sebaliknya cuba guna ayat seperti “Kan lebih bagus jika kamu pakai pakaian yang labuh sedikit... yelah tau jelah mata-mata orang zaman sekarang. Takut mengundang bahaya pula kan.” Walaupun tidak terlalu direct sekurang-kurang si dia tahu pakaiannya itu tidak patut di pakai. Bukankah begitu?

4)    JANGAN GUNA PERKATAAN YANG KASAR
Jangan jatuhkan standart kamu dengan melemparkan kata-kata yang kesat dan kasar. Ingat, jika kamu sebut sahaja perkataan-perkataan yang memalukan itu bukannya si dia yang malu tetapi kamu sendiri yang memalukan diri kerana berperilaku seperti orang tidak berpelajaran dan tidak di ajar untuk bersopan.

5)    JANGAN TERLALU JUJUR
Ya, jujur itu perlu dan sangat di sarankan. Tetapi bagaimana jika kejujuran kamu itu mampu membuatkan individu yang di tegur itu terluka dan berkecil hati ? Jadi, sebaiknya fikir sebelum bercakap. Jika ia boleh mengundang air mata baik kamu tukar perkataan kamu dengan sesuatu yang lebih sedap untuk di dengari tetapi mempunyai maksud yang sama.

6)    SERTAKAN CONTOH
Setiap yang ingin kamu sampaikan pastikan bercontoh. Contohnya kamu sedang menasihati adik beradik yang sedang bergaduh, pilihlah beberapa kisah tauladan seperti “kisah si adik yang derhaka”atau apa sahaja  yang boleh di jadikan contoh agar si dia lebih memahami apa yang ingin kamu sampaikan dan secara tidak langsung menyedarkan si dia. Jika cerita itu hanya rekaan pon tidak menjadi masalah asalkan mempunyai mesej yang tepat, jelas, mudah di fahami dan logik.

7)    DENGAR DUA PIHAK DAHULU & JANGAN BUAT KONKLUSI
Jika kamu sedang menasihati orang yang sedang bergaduh, elakkan daripada membuat konklusi sendiri. Malah jangan hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Pekara ini akan menunjukan kamu seorang individu yang berat sebelah dan bukanlah pendengar yang baik.



haaa dah tahu kan macam mana nak tegur seseorang yang melakukan kesalahan tanpa melukakan hatinya.. dah tahu???  baaagus :)
 kita cuba buat dalam runtin harian kita ye :)





"Segmen #1 blogwalking bersama ZURNIE IRMANI sempena cuti sekolah"



nak join tekan banner ye :D

'Giveaway Ramadhan 1435H'



jom join semua!!! :D

Segmen Happy Blogwalking Together-gether By Miss Fatn


jom join you all :)

" Topup Giveaway by Mya "


klik banner untuk join..

Hadiah
Top Referral : RM30
24 Pemenang bertuah : RM5