Thursday 24 July 2014

6 Ungkapan Di Benci Oleh Gadis!

SALAM..

korang meh sini nak habaq,
 ada sestengah ayat tu perempuan tak berapa nak suka..
bagi lelaki yang ada girlfriend ke or wife ke.. 
haaa hangpa kena ambil tahu pasai ni..
sebab tersalah cakap karang merajuk pula girlfriend or wife tu..

setiap perempuan ni berbeza kelakuan,
ada yang kasar, ada yang lembut, ada yang senang menagis and macam-macam laaa..
tapi hati perempuan ni semua cepat tersentuh, walaupun perempuan tu kasar macam mana sekali pun
kalau something yang buat dia terasa hati dia pasti akan menagis..
so boy2 di luar sana, belajar fahami hati perempuan ye.. ^_^


6 ungkapan yang di benci oleh gadis!!


# 1 : GEMUK
Jangan sesekali cuba komen dan berkata jujur tentang kegemukan seorang gadis. Sungguhpun niat kamu untuk menyedarkan si dia untuk menjaga berat badan dan saiz badan tetapai perkataan ‘gemuk’ mampu melukakan hati seorang gadis!


# 2 : SAMPAI SINI SAHAJA
Si gadis boleh hilang arah bila kamu akhirkan perbualan kamu dengan perkataan ini. Bagi mereka kamu seakan berniat untuk tinggalkan si dia keseorangan. Boys, harus diingat, gadis tidak suka rasa kesunyian dan kesedihan ya.

# 3 : YOU ARE UGLY
Kecantikan seseorang itu sangat subjektif. Jangan sesekali kamu cuba kata muka si dia hodoh atau kurang lawa. Perkataan ini akan membuatkan si dia murung dan bersedih di hadapan cermin. Lama kelamaan si dia pasti akan hilang keyakinan diri.

# 4 : SAYA JUGA MEMINATI DIA
Gadis  memang suka bersaing, namun hanya dengan orang yang tidak di kenali. Jika si dia dapat tahu sahabatnya atau orang di sekelilingnya suka sesuatu atau seseorang yang diminatinya juga pasti si dia akan berundur dan cuba mengalah walau ia menyakitkan hati.

# 5 : KAU NI KUAT MAKANLAH!
Apabila seorang gadis sedang makan, jangan tegur seleranya yang sedang membuak-buak. Keadaan ini akan membuatkan si gadis rasa sedih dan mula ‘mengikat perut’.

# 6 : APA DAH JADI DENGAN KULIT ?
Perkataan simple ini mampu membuatkan seorang gadis kelam-kabut mencari cermin. Seakan satu tamparan hebat jika mereka dapati ada sesuatu ‘benda asing’ yang melekat di wajah mereka. Sungguh pun ia hanya secebis tisu.


ingat ye! ayat dekat atas ni memang perempuan kurang suka.. *termasuk dila sendiri cewahhh hihihi* 
ahahaha dulu ada boy ni kata dila ni gemukk =,= ... esok tu start joging and kurang ambil nasi taw terus jadi stress ahahaha.. *zaman tak matang lagi tu ahahaha*

*share dari majalah remaja..* 


1 comment:

Ismi Ana said...

Iye? Hihi..kalau pendek comel jugak ana tak suke laki cakap centu. Wat sakit aty jek. ><