Sunday 10 August 2014

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI


sahabat-sahbatku sekalian.. 
macam tajuk dekat atas tu 
'TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI AJNABI'

huhuhu, sedikit info yang dila dapat dari usrah 
semoga bermanfaat untuk semua ye..
walaupun dila masih tak dapat ikut 5 tips ni
tapi kita berusaha ye..


1. elakkan berurusan dengan lelaki. kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan , mintalah tolong dari perempuan. kalau keadaan yang memerlukan kudrat lelaki, maka terpaksalah minta tolong dari lelaki.. contohnya: repair kereta, angkat benda berat dan sebagainya

2. kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, EMAIL atau nota kecil.. guanakn perkataan formal.. elakkan bercakap melalui telefon kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki

3. tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki , kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut kepada Allah. waktu berdepan dengan mereka banyak-banyaklah berdoa ''Ya Allah, janganlah kau buatkan lelaki ni tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan''

4. tundukkan pandangan.be careful dengan pandangan mata.. elakkan memandang mata lelaki semasa bercakap supaya mata kita tidak bertembung..

5. cepatkan urusan.. apa-apa kerja nak dibuat bersama dengan team lelaki..siapkan cepat-cepat then pergi.. perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional..

itu sahaja yang dila dapat share dari group usrah..
semoga bermanfaat untuk kita semua..
dan peringatan untuk diri dila juga
yang sentiasa lalai ni..

semoga kita berusaha menjadi yang terbaik dari hari ke hari :D

6 comments:

Aina Akmal said...

nice sharing. saya ni jenis segan kalau nak cakap dengan laki sejak 3 tahun duduk sekolah agama. sebab dorang asingkan lelaki perempuan. Lepas dah masuk mrsm, nak panggil lelaki pun segan. minta tolong kwan2 . dorang marah. yang tu pun nak malu ke? T____T sedihh sangat,.

Kupukupu said...

In Sha Allah.. nice sharing dear :)

Faaeinz said...

Seronoknya dapat pergi usrah. Semoga sentiasa istiqamah dengan usrah. =)

Share lagi lepas ni. Semua kita semua dapat menjaga apa yang boleh kita buat dan apa yang kita tidak boleh buat. Insha-Allah.

Ardilla Noorezan said...

Tips yang berguna. Thanks!

Unknown said...

nice sharing! tq dear :)

Karya Mahirah said...

good info... terima kasih share dan ingatkan sesama kita..