Wednesday, 27 August 2014

Segmen Blogwalking : When I Was A Kid by Aina Akmal

Assalammualikum
hye you All ^_^
http://nurainahanis.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid.html
 segmen kali ini kena ceritakan kisah time budak-budak dulu..
huhu banyak tu ada yang best, sedih, tak best ahaha macam-macam laaa..

tapi kali ni dila nak share satu cerita masa dila budak-budak dulu
huhu jemput baca :D :


Masa kisah ni dila darjah 3 atau 4 macam tu laa.. time ni macam blur-blur je lagi dekat bumi ni.. orang suruh buat itu ini ikut jer tak reti nak membantah.. kisah ni bukan kisah happy or apa kira macam pengajaran sikit
masa kecik dulu biasa laa kena pergi kelas mengaji kan,hujung minggu pun kena mengaji.. dila pun pergi laa kelas mengaji dengan adik beradik dila.. sampai-sampai jer, alamak ramai nye, lama laa kena tunggu ni.. tunggu punya tunggu tiba2 mak cik yang mengajar dila ni panggil,..
dila pun datang dekat dia.. dia kata ramai lagi ini, so dia suruh anak lelaki dia yang ajar dila.. tak silap dila laa, anak lelaki mak cik ni dah sekolah menengah rasanye time tu sebab dia memang tua dari dila.. lepas tu dila tengok anak lelaki dia, dia kata dia ajar dalam bilik..serinagt dila masa tu hati dila asyik berkata-kata kenapa tak sekali dengan yang lain.. so dila ikut laa anak lelaki dia ni masuk bilik..

bila dah masuk, dila duduk.. dia tutup pintu.. hati rasa macam berdebar jer memanjang serious dila dapat rasa time tu.. ok mengaji macam biasa laa.. and tiba-tiba yang dila masih ingat apa yang dia cakap..''kejap-kejap ada semut dekat belakang''.. dila pun toleh.. dia cakap ''tak pa biar dia tolong'' so dila ketepi sikit bagi dia ambil semut dekat belakang dila.. dia kata ''jangan gerak'' dengan bodoh nye dila tak bergerak.. so dia bangkit kiranye dada dia dengan muka dila dekat sangat-sanagt and dila dapat bau minyak wangi dia, macam tu dekatnye..kira macam dila ada bawah dada dia.. lepas tu dia kata dah tak ada dah.. lepas tu mengaji macam biasa.. lepas tu dia kata ada semut lagi and dia pun buat macam tadi.. so far dia tak sentuh pun dila.. banyak kali dia cakap ada semut dekat belakang dila, tapi dila tak tahu apa yang dia buat dekat belakang dila, sebab dia tak kasi toleh.. time tu dila serious blur.. lama dalam bilik tu baru adik dia masuk, lepas tu dila kata nak balik dah..

masa dalam perjalanan balik tu, tak tahu kenapa hati berdebar rasa macam perasaan tu takut sanagt..balik tu dila tak cerita dekat siapa2 pun.. esok harinya mak cik tu suruh mengaji dengan anak lelaki dia lagi, dila terus cakap tak nak.. dila tak tahu tapi dila takot.. tengok je muka anak mak cik tu, rasa takot, tak tahu nak terang macam mana rasa takot tu..
lepas tu dila pindah..tak jumpa dah.. tapi family dila still contact family mak cik  tu.. masa dila form 2 kot..dila dapat tahu anak lelaki mak cik tu exciden .. tapi still hidup sekarang tangan belah kanan dia tak boleh berfungsi hanya dapat guna tangan kiri jer.. masa pergi melawat perasaan takot tu ada macam fobia tengok anak lelaki dia mak cik ni, rasa takot..

after tu, dila cerita dekat mak dila.. mak dila kata kenapa tak cerita dari dulu.. bila dila makin besar dan boleh berfikir baru dila tahu.. orang kalau nak ambil kesempatan dekat sesiapa pun dia boleh.. sekarang pun budak kecik pun dah jadi mangsa.. Ya ALLAH, patut masa kecik dila rasa takot tapi tak tahu takot apa.. masa kecil-kecil memang tak tahu apa, yang tahu main-main lepas tu tidur.. tak tahu pasal ambil kesempatan ke apa..untuk cerita dila ni mungkin anak lelaki dia tak buat apa, tapi dalam keadaan macam tu perasaan tu dah rasa takot sangat-sangat

tu laa kisah dila dari kecik yang dila tak kan lupa walaupun umur dah 20 tahun..sebab tu dila tak berapa banyak kawan lelaki.. sebab ada satu perasaan takut dengan lelaki ni.. tu je laa ceritanya.. so sesiapa ada anak perempuan jaga lah elok-elok, yang masih anak dara kena pandai jaga diri ok.. sebab kita ni perempuan ramai yang nak ambil kesempatan..

the end hehe ^_^ 

12 comments:

Aina Akmal said...

Allah jaga akak. Alhamdulillah. Terkejut aina baca. Syukur budak laki yang aina kwan dulu tu jenis suka main je. Sekarang ni pun dah tak kawan dengan laki. Seram +segan. Hee.

Thanks sebab sudi join. (*^▽^*)
Happy Blogwalking eh~^^
http://myimpiannaad.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

Karya Mahirah said...

Scarynya.. klu KM waktu kecil kena macam tu pun akan rasa fobia sampai dewasa. Tapi mujur Allah pelihara dila. tak ada apa2 yang jadi.

mama 3farhanah said...

Saya dulu kecik2 pn ramai kawan budak laki tp alhamdulillah takdak macam tu...
Seram jer baca cite ni...

Selamat bersegmen. Kita dari segmen yang sama..

budak said...

Alhamdulillah xde apa jadi.

Blogwalking dari segmen yang sama :)
http://rainfallasleep.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

Aini said...

Huu budak2 ape la yg tahu..teruk betul org laki tu.apepun semoga selamat la awak ye :) singgahla ke hijaukoko@blogspot.com

nurul hidayah said...

Serious scary ok .. Masa kecik-2 mana nak tau bertindak sangat . Alhamdulillah tak jadi apa-2 . Even kita rapat dgn someone pun , tapi still kena ada sikap 'hati-hati'

Fhatin Amelia said...

creepy guy...

Singgah dari segmen yang sama :)
http://mellyareenza.blogspot.com/2014/08/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

Barniyah Ammara said...

So itu kira balasan lelaki tu lah ya? Hmm.. Cerita yang ada pengajaran. :)

Membalas kunjungan dari segmen yang sama~ ^^

Nur Zaff said...

uish.. apa motip dia agaknye ea.. anyway... singgah dari segmen yg sama.. Good luck!

http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/segmen-blogwalking-when-i-was-kid-by.html

eamy milea said...

Nasib baik tak de dia buat ape2..allah jaga awak la tu kan. Salam perkenalan n ziarah..jom baca entry akak pulak. :)

Yun Sing said...

Huish.. Pengajaran untuk kita semua :)

CT Humairah said...

uuuish boleh tahan seram. syukur syukur.

CT datang singgah sini.. Maaf lambat baru ada masa menjenguk..
Done follow sini lama dah..
Jemput singgah -- When CT Was A Kid

Jemput Singgah :D
Komen Sikit Wajah Baru Blog CT