Tuesday, 30 June 2015

RAMADHAN: PAHALA vs MAKSIAT



Ramadhan ni, ramai orang selalu fikir untuk banyakkan ibadah untuk tambah pahala.

Nak khatam quran dua tiga empat kali.
Nak sedeqah banyak-banyak.
Nak iktikaf lama-lama.
Dan lain-lain.

***

Tapi, ramai yang tak fikir untuk tinggalkan maksiat.

Yang merokok masih merokok.
Yang tak pakai tudung masih tak pakai tudung.
Yang pakai tudung tapi masih tak sempurna, tak tutup aurat sempurna.
Yang tengok video lucah masih tengok video lucah.
Yang couple masih couple siap buka puasa sama-sama.
Yang ikhtilat couple islamik masih menggunakan alasan agama untuk terus bercouple bajet islamik.

***

Kenapa ye?



Kebaikan itu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu.

Tetapi, ia diukur dengan banyaknya dosa dan jahiliyyah yang ditinggalkan.


Kerana orang yang banyak melakukan kebaikan belum tentu dapat meninggalkan maksiat kepada Allah.

Tetapi orang yang mampu mebinggalkan maksiat kepada Allah dan jahiliyyah dalam dirinya sudah tentu akan melakukan kebaikan.


Dengan meninggalkan maksiat dan jahiliyyah dalam diri anda, anda telah melakukan kebaikan yang paling afdhol. Kerana jalan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan merupakan jalan yang satu!


Ingat.

"Ramai orang boleh buat ibadah, tapi tak ramai orang boleh tinggalkan maksiat...."

Moga kita semua di beri kekuatan untuk tinggalkan maksiat di bulan ramadhan ini, seterusnya istiqomah sampai mati!



MOGA BERMNAFAAT UNTUK KALIAN..
#sharedaritarbiahsentap







2 comments:

Miela Asmila said...

Betul..setuju..
Macam ramai orang puasa tapu tak solat...

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam dila,
ya betoi
istiqomah
AMIN