Saturday, 6 September 2014

Pengajaran Dari Drama ‘Rindu Awak 200%’

Hye You All ^_^

kali ni nak share satu artikel yang baru je dila jumpa

artikel ni sesuai untuk pasangan-pasangan di luar sana
tak kira laa yang sedang bertunang, atau esok baru nak bertunang atau dah berkahwin atau tengah rancang nak berkahwin.. tak kira sesiapa pun.. sesuai untuk mereka yang ada pasangan ^_^

eh yang tak ada pasangan tu means still ''single'' macam dila ni, boleh juga baca boleh di jadikan panduan bila dah jumpa pasangan nanti ye dak hehehe..




1) Percaya kepada pasangan.

Kunci utama dalam sesebuah perhubungan adalah kepercayaan. Tanpa kepercayaan, perhubungan takkan kemana. Walaupun ada yang mengatakan, simpan sedikit rasa ragu kamu. Namun jika kamu terlebih ragu dari percaya, adalah lebih baik kamu lepaskan saja si dia. Jangan sesakkan kepala kamu lagi.

2) Sentiasa bersedia untuk mendengar sesuatu perkara dari pelbagai pihak dan pelbagai sudut

Jika kamu mendapat tahu tentang sesuatu perkara, terutama perkara yang berbaur negatif, kamu haruslah memberi ruang kepada diri kamu untuk mendengar tentang sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut atau dari pelbagai pihak. Jangan dengar dari satu pihak saja, kerana kemungkinan besar apa yang dinyatakan berlainan dari perkara sebenar.

3) Cemburu berlebihan boleh menjadi racun dalam perhubungan.

Cemburu itu tandanya sayang, ya betul. Tapi jika cemburu berlebihan, itu juga boleh menjadi perosak dalam perhubungan. Jika kamu percayakan pasangan kamu, tidak perlu wujudnya masalah cemburu. Kalau kamu cemburu sekalipun, adalah lebih baik kamu bersemuka dengan pasangan kamu daripada kamu mendiamkan diri atau melarikan diri dari masalah.

4) Keluarga dan sahabat-handai itu penting

Walau setinggi mana pun, seindah mana pun percintaan kamu, dan kamu berjumpa dengan 
prince
 charming sekalipun, jangan sekali-kali lupakan keluarga dan sahabat handai yang telah lama berada di sisi kamu. Mereka inilah yang akan membantu kamu kelak kalau kamu merancang mahu berkahwin, kalau ada masalah dan sebagainya. Orang kata, dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan.

5) Tiada manusia yang 100% sempurna

Dalam drama ini, walapun watak Zul Ariffin tampak sempurna; kacak, berhati baik, sopan santun, ada isteri yang cantik; tapi jika kamu perhatikan sebenarnya dia sebenarnya seorang jejaka biasa, yang ada kelemahan dan ada masalah seperti orang lain juga. Namun, jangan jadikan ketidaksempurnaan itu alasan untuk kamu tidak mahu menikmati hidup kamu sepenuhnya. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam dunia ini, kan?


tujuan dila share artikel ni supaya pasangan di luar sana
boleh ambil pengajaran dari cerita ''RINDU AWAK 200%'' ni..

bukan senang nak kekalkan sesuatu hubungan,
Allah akan menguji setiap pasangan tu dengan pelbagai cara, 
apa-apa pun kepercayaan tu sangat penting dalam satu perhubungan :)
semoga bermanfaat untuk semua ^_^




credit: wanista


2 comments:

Ismi Ana said...

You right Dila. Amboi..siap dapat pengajaran lagik. Hehe. Yg penting saling percaya tu perlu ade.

Yun Sing said...

Nice sharing :)